|Soalan Lazim | Peta Laman | Maklumbalas | Direktori|

 Melayu | Inggeris | LOG MASUK |

Tarikh : 22/10/2017 07:48:43pm
 
SELAMAT MAJU JAYA
Tahniah Atas Pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
S T A M 2017
Selamat Menduduki Peperiksaan STAM, Semoga Berolehan Kejayaan
Bayaran Balik Pinjaman KPM
Bayaran balik bayaran KPM melalui MEPS dan FPX
Sila Klik Untuk Ke Laman Web MASTIC
ePembelajaran Sektor Awam - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Kursus i-Think Dalam Talian - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Permohonan Untuk Mengisi Permohonan Untuk Mengisi Perjawatan Pegawai SI Partners+ Dan SISC+ Di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth 1BestariNet Di Sekolah-Sekolah 4G Di Seluruh Semenanjung, Sabah Dan W.P. Labuan KPM Oleh Syarikat YTL Communications Sdn Bhd
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut
Program Transformasi Sekolah 2025
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut
Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Sehingga 31 Mac 2017

CARIAN BERITA

SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

KLIK DISINI UNTUK SOALAN LAZIM KESELURUHAN UNIT 

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN (UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH) (kemaskini 26 Julai 2017)

UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

TEL:

06-2326107

(Am)

 

06-2326108

(Ketua Unit)

 

FAKS:

06-2311901

 

FUNGSI UNIT

1.

Melaksanakan     Pendidikan Pencegahan Dadah, Rokok. Inhalan, Alkohol, HIV Aids (PPDa)

2.

Pengurusan program PPDa dan aktiviti PPDa di peringkat negeri, daerah dan sekolah.

3.

Penyeliaan program PPDa di Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah.

4.

Menyelaraskan kursus-kursus PPDa bagi semua warga Jabatan Pendidikan Melaka.

5.

Bekerjasama dengan agensi luar (AADK, PDRM, Kesihatan, PEMADAM) dalam melaksanakan program PPDa.

6.

Pengurusan data, dokumentasi dan publisiti PPDa.

7.

Khidmat bimbingan dan nasihat (kaunseling PPDa untuk warga Jabatan Pendidikan Melaka.

 

1.

S:

Apakah tindakan jikalau pihak sekolah mendapati murid membawa dadah (pil khayal, syabu, candu dan sebagainya ke sekolah?

J:

1.

Hubungi pegawai Unit Pendidikan Pencegahan Dadah di Jabatan Pendidikan Melaka.

2.

Hubungi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

2.

S:

Apakah perkhidmatan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah terhad kepada murid sahaja?

J:

Tidak, ia merangkumi semua warga pendidikan Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan.

3.

S:

Apakah tindakan didapati bahawa kakitangan sekolah membawa dadah ke sekolah?

J:

Hubungi pegawai Unit Pendidikan Pencegahan Dadah JPM dan hubungi pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

4.

S:

Apakah bidang yang di bawah tugas Unit Pendidikan Pencegahan Dadah?

J:

Meliputi 5 bidang.

  1. i)Dadah
  2. ii)Rokok
  3. iii)Inhalan
  4. iv)Arak
  5. v)HIV/ Aids

5.

S:

Apakah Agensi yang terlibat dengan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah?

J:

  1. i)Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK)
  2. ii)Jabatan Kesihatan
  3. iii)Pejabat Polis Kontinjen

NGO yang terlibat

  1. i)PEMADAM
  2. ii)PENGASIH

6.

S:

Apakah program-program yang dikendalikan oleh Unit PPDa?

J:

Program-program yang dijalankan oleh Unit Pendidikan Pencegahan

Dadah merupakan program Pencegahan dan Kepimpinan.

7.

S:

Bolehkan pihak sekolah mengendalikan ujian urin?

J:

Ujian urin tidak boleh dikendalikan tanpa seorang pegawai PPDa dan pihak AADK

8.

S:

Bolehkah murid yang didapati ‘positif’ semasa ujian urin dikenakan tindakan buang sekolah?

J:

Murid yang didapati positif samasa ujian urin Fasa 1 tidak boleh dibuang sekolah. Sesi kaunseling dan pemantauan berterusan akan dijalankan oleh kaunselor sekolah dan pegawai PPDa.

9.

S:

Adakah pihak sekolah perlu memaklumkan kejadian tangkapan polis terhadap warga sekolah yang terlibat dengan masalah dadah?

J:

Pihak sekolah perlu memaklumkan tentang kejadian tangkapan berkaitan dadah kepada Unit PPDa untuk siasatan dalaman dan juga sesi temubual dengan orang yang rapat dengan Orang Kena Tahan (OKT)

 

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN (UNIT HAL EHWAL MURID) (kemaskini 26 Julai 2017)

UNIT HAL EHWAL MURID

SUB UNIT DISIPLIN

1.

S:

Apakah garis panduan permohonan kemasukan rayuan belajar semula ke sekolah?

J:

a) Proses memohon rayuan belajar semula perlu di buat di Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Melaka, Cawangan Bukit Baru, Melaka.
b) Murid perlu ditemani oleh ibu bapa / penjaga sahaja dalam ketika membuat merayu belajar semula di jabatan.
c) Murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas.
d) Murid perlu berambut pendek dan kemas mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 1976 (Peraturan Rambut Murid Lelaki).
e)

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan rayuan belajar semula adalah seperti berikut;-

i) Satu salinan surat buang sekolah
ii) Satu salinan kad pengenalan murid dan ibu bapa atau penjaga
iii) Laporan disiplin sekolah (cetakan SSDM Online)
iv) Laporan bilangan sesi kaunseling.

2.

S:

Jangka masa kelulusan rayuan belajar semula ke sekolah dan pematuhan surat arahan ke sekolah.

J:

a) Proses kelulusan rayuan belajar semula akan mengambil masa 2 minggu atau 10 hari bekerja.
b) Ibu bapa / Penjaga yang menerima surat kelulusan belajar semula perlu memastikan anak merekan melapor diri di sekolah dalam jangka masa 7 hari dari tarikh melapor diri. Jika gagal berbuat demikian, maka surat itu akan terbatal dengan sendirinya dan ibu bapa / penjaga perlu hadir semula ke jabatan untuk proses rayuan semula.

SUB UNIT KEBAJIKAN

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

1.

S:

Apakah kriteria kelayakan untuk mendapatkan bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)?

J:

Kriteria kelayakan untuk mendapatkan bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ialah:

I) Murid warganegarai Malaysia dari Tahun 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
II) Pendapatan isi rumah (ibubapa/penjaga) di bawah Paras Garis Kemiskinan Nasional (PGK) semasa : PGK 2014, Pendapatan RM580 ke bawah, Perkapita RM140 ke bawah.

2.

S:

Berapa harikah tempoh pelaksanaan RMT?

J:

170 hari persekolahan.

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

1.

S:

Apakah keiteria kelayakan untuk mendapatkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)?

J:

i.

Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 yang bersekolah di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

ii.

Pendapatan isi rumah (ibubapa/penjaga) di bawah Paras Garis Kemiskinan Nasional (PGK) semasa ; PGK 2014, Pendapatan RM930 ke bawah, perkapita RM230 ke bawah.

2.

SUB UNIT KAUNSELING

S:

Apakah peranan guru bimbingan dan kaunsling di sekolah?

 J:

a) Memberi khidmat kaunseling secara kelompok dan individu
b) Memberi khidmat kaunseking secara individu atau kelompok kepada murid berisiko tinggi
c) Melaksanakan program-program berkaitan dengan sahsiah, kerjaya, disiplin dan perkembangan psikososial murid.
d)

Melaksanakan pentaksiran Psikometrik di sekolah.

i) Sekolah Rendah - Tahun 3 dan Tahun 6

ii) Sekolah Menengah - Tingakan 1, Tingakan 3 dan Tingkatan 5

 S:

Bilangan guru kaunseling mengikut enrolmen sekolah.

J:

a) Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Rendah

Bil Murid Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
350 1
851 - 1350 2
1351 - 1850 3
1851 - 2350 4
2351 - 2850 5

b) Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Menengah

Bil Murid Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
500 1
501 - 1000 2
1001 - 1500 3
1501 - 2000 4
2001 - 2500 5
2501 - 3000 6

Untuk Sebarang Pertanyaan Sila Rujuk Direktori

 

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN (UNIT SUKAN) (Kemaskini  26 Julai 2017)

1. S: Bagaimanakah cara seseorang murid memasuki Sekolah Sukan Negara dan Sekolah Sukan Negeri?
  J: Dengan  melalui proses mengenal pasti bakat (TID) dan ujian kemahiran  di samping kelulusan minima diperlukan.
2. S: Bagaimanakah seseoranag atlet dipilih bagi mewakili negeri ke peringkat kebangsaan?
  J: Melalui proses pemilihan oleh panel pemilihan yang dilantik oleh Unit Sukan semasa dan selepas kejohanan.
3. S: Apakah syarat kelayakan seorang atlet murid  untuk mendapat Skim Biasiswa Sukan?
  J:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama     Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan ATAU Sedang belajar di Kolej Vokasional di Tahun 1 dan 2 sahaja ATAU Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia yang berada di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan.
  3. Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM dan Liga Sukan KPM; dan
  4. Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
4. S: Bagaiamanakah cara untuk memohon Biasiswa Sukan Sekolah?
  J: Borang boleh didapati di sekolah masing-masing / Tindakan Guru HEM
5. S: Berapakah kelayakan elaun makan pelajar ke kejohanan peringkat kebangsaan?
  J: Bayaran elaun makan diberi sebanyak RM 15.00 sehari.
6. S: Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?
  J:
  1. Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
  2. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.
7. S: Apakah perbezaan diantara sekolah sukan negeri Melaka dengan sekolah sukan di negeri lain?
  J:

Setiap sekolah sukan negeri mempunyai kebitaraan masing-masing. SSN SMK Seri Kota mempunyai 7 jenis kebitaraan sukan iaitu :

  1. Hoki
  2. Bola Sepak
  3. Balapan dan Padang
  4. Bola Jaring
  5. Badminton
  6. Memanah
  7. Sepak Takraw

Selain dari itu, tidak ada apa yang membezakan antara sekolah sukan negeri Melaka dengan sekolah sukan negeri lain.

8. S: Sekiranya saya menghadapi masalah mengenai Sukan di manakah perlu saya rujuk?
  J: Sebarang pertanyaan boleh rujuk terus ke Unit Sukan Jabatan Pendidikan Bukit Baru Melaka.

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN (UNIT KOKURIKULUM) (Kemaskini  26 Julai 2017)

1. S: Bagaimanakah untuk menubuhkan persatuan yang tiada dalam senarai KPM di peringkat sekolah?
J: Sekolah tersebut boleh memohon kepada ketua pendaftar iaitu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dengan cara menghantar surat permohonan untuk didaftarkan.
2 S: Bagaimanakah sekolah ingin memohon pengiktirafan program ke Peringkat Negeri?
J: Sekolah tersebut perlulah melibatkan sekolah-sekolah dari daerah lain sekurang-kurangnya 2 buah sekolah. Selain itu, perlulah memohon kelulusan daripada pengarah Jabatan Pendidikan Melaka serta surat untuk perhatian Unit Kokurikulum
3. S: Bagaimanakah sekolah ingin memohon pengiktirafan program ke Peringkat Kebangsaan?
J: Sekolah tersebut perlulah melibatkan sekolah-sekolah dari negeri-negeri lain sekurang-kurangnya 4 buah negeri. Selain itu, perlulah memohon kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia serta surat untuk perhatian Pengarah Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian Malaysia.
4. S: Bagaimanakah kaedah untuk pendaftaran Unit Beruniform GO dan NGO bagi sekolah swasta?
J: Pendaftaran boleh dilakukan dengan cara memohon terus daripada agensi berkaitan
5. S: Bagaimanakah cara untuk menjalankan program-program Ko-kurikulum pada tahun2016?
J: Pihak jabatan memberi peluang sekolah-sekolah menyertai program yang dibiayai pihak sekolah dengan kadar bayaran yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal. Bayaran boleh dibuat kepada sekolah pengelola yang dilantik.
6. S: Adakah Seni Silat Hang Tuah di bawah sub unit beruniform atau sub unit kesenian?
J: Seni Silat Hang Tuah adalah di bawah sub unit kesenian yang diuruskan oleh En. Nasir Bin Majid iaitu Penyelia Kanan Kokurikulum.
7. S: Bolehkah sekolah-sekolah mengadakan aktiviti kesenian di bawah agensi luar?
J: Sekolah boleh mengadakan aktiviti kesenian di bawah agensi luar tetapi dengan syarat sekolah tersebut perlu mendapatkan pengesahan sama ada agensi tersebut telah berdaftar atau tidak dengan JPN atau KPM.Jika agensi tersebut tidak berdaftar dengan JPN atau KPM maka sijil atau pencapaian yang sekolah perolehi daripada aktiviti tersebut tidak diiktiraf serta tidak boleh dimasukkan markah dalam PJASK.
8. S: Boleh atau tidak peruntukan kokurikulum digunakan untuk program motivasi pelajar?
J: Duit peruntukan Kokurikulum sekolah hanya digunakan untuk program berkaitan sahsiah kokurikulum sahaja dan tidak boleh digunakan untuk program motivasi lain di bawah HEM contohnya program kemahiran belajar dan sebagainya.
9. S: Bolehkah peruntukkan kokurikulum semasa dihimpunkan dan dibawa ke tahun hadapan?
J: Peruntukan kokurikulum di sekolah perlu dihabiskan pada tahun semasa dan laporan kewangan perbelanjaan perlu dihantar ke unit kokurikulum pada hujung tahun tersebut.
10. S: Bagaimanakah cara untuk mengiktirafkan markah kokurikulum tingkatan 6?
J: Pemarkahan kokurikulum tingkatan 6 dikira melalui 15 kali perjumpaan sepanjang 3 semester dan tidak melibatkan pemarkahan tingkatan 5. Pemarkahan kokurikulum tingkatan 6 yang baru berkuatkuasa mulai bulan Mei 2016 atau kumpulan pertama menengah rendah dan 160 minit baru dikira satu pertemuan.
11. S: Boleh atau tidak sekolah membuat perkhemahan 3 hari 2 malam sebagai pertemuan kokurikulum mengikut jam pertemuan?
J: Tidak boleh kerana 1 pertemuan dikira 1 kehadiran.
   
 
Untuk Sebarang Pertanyaan Sila Rujuk Direktori
 

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN (PUSAT KOKURIKULUM MELAKA) (kemaskini 26 Julai 2017)

1.

S:

Ada berapa Pusat Kokurikulum di negeri Melaka?

J:

Ada 2 Pusat Kokurikulum di Negeri Melaka. Satu, Pusat Kokurikulum Negeri yang terletak di Merlimau Melaka dan yang kedua ialah Pusat Kokurikulum Daerah yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Pusat Kokurikulum Daerah ini adalah dibawah tadbir urus Pusat Kokurikulum Negeri.

2.

S:

Bagaimanakah prosedur tempahan jika sesebuah sekolah berminat untuk membuat tempahab/aktiviti di Pusat Kokurikulum?

J:

Jika sekolah berminat untuk membuat aktiviti di Pusat Kokurikulum Negeri atau Daerah, boleh lah menghantar surat permohonan ke Ketua Unit Pusat Kokurikulum Negeri denga menyatakan tarikh program akan dijalankan. Sekolah juga boleh menghubungi Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah untuk bertanya mengenai tarikh yang bersesuaian. Kemudian, sekolah perlu lah berbincang dengan pegawai berkenaan mengenai perjalan program sekolah masing-masing.

3.

S:

Siapakah pegawai yang perlu dihubungi jika berminat untuk membuat aktiviti di Pusat Kokurikulum?

J:

Pihak sekolah boleh menghubungi En. Noor Azmi bin Arifin di talian 06-2636326 / 06-2636328 / 013-6305261 jika berminat untuk membuat aktiviti di Pusat Kokurikulum Negeri atau En. Mohd Nor Al-Hamim bin Md. Som (013-3028027) jika berminat untuk membuat aktiviti di Pusat Kokurikulum Daerah.

4.

S:

Bolehkah sekolah meminjam alatan di Pusat Kokurikulum dan bagaimanakah prosedur peminjaman tersebut?

J:

Boleh, jika peralatan yang ingin dipinjam itu ada di Pusat Kokurikulum dan dengan kuantiti yang telah diluluskan oleh Ketua Unit. Sekolah hendaklah menghantar surat permohonan peminjaman alatan kepada pihak Pusat Kokurikulum Melaka.

5.

S:

Bolehkah sekolah mendapatkan khidmat jurulatih Pusat Kokurikulum untuj mengajar di Sekolah? Apakah prosedur yang perlu dilakukan jika sekolah berminat untuk mendapatkan khidmat tersebut?

J:

Boleh, Sekolah hendaklah menghantar surat permohonan tenaga pengajar ke Pusat Kokurikulum.

6.

Apakah alamat Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah, Jabatan Pendidikan Melaka?

Pusat Kokurikulum Melaka
Jabatan Pendidikan Melaka
Kampung Lanchang
73500 Merlimau, Melaka
 
No telefon : 06 - 2636326
No Faks : 06 - 2636316
 
Alamat Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Pusat Kokurikulum Daerah Naning,
d/a SMK Naning
78000 Alor Gajah, Melaka
 
No Telefon : 013 - 3028027
 
Untuk Sebarang Pertanyaan Sila Rujuk Direktori
 

 

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK (UNIT TEKNIK DAN VOKASIONAL) (Kemaskini  1 Julai 2016)

KOLEJ  VOKASIONAL (KV)
1. S: Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memohon Kolej Vokasional?
J:

Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang merangkumi PT3, PS, PAJSK serta PPsi.

Mendapat sekurang-kurangnya gred D dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.

Calon murid Pendidikan Asas Vokasional (PAV) tingkatan 3.

2. S: Bagaimanakah cara memohon Kolej Vokasional?
J: Permohonan melalui on line (https://sptv.moe.gov.my/) atau berkunjung ke KV yang berdekatan.
3. S: Adakah kemudahan asrama disediakan untuk pelajar Kolej Vokasional (KV)?
J: Asrama disediakan khususnya bagi murid yang tinggal jauh.
4. S: Bagaimana dengan bayaran yuran makan asrama?
J:

Yuran sebanyak RM 1 sehari dikenakan untuk ibubapa/penjaga yang berpendapatan

RM 4999 dan ke bawah dan yuran sebanyak RM 3 sehari untuk ibubapa/penjaga yang berpendapatan RM 5000 ke atas.

5. S: Adakah biasiswa disediakan?
J: Akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.
6. S: Adakah aktiviti ko-kurikulum di KV?
J: Ada dilaksanakan.
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
7. S: Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memohon Pendidikan Asas Vokasional (PAV)?
J: Lepasan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dan berminat di bidang kemahiran.
8. S: Bagaimanakah cara untuk memohon ke kursus PAV?
J: Permohonan secara on line melalui portal BPTV.
9. S: Sekolah manakah yang menawarkan PAV di negeri Melaka?
J: Sekolah yang menawarkan PAV ialah SMK Seri Pengkalan, SMK Sultan Alauddin dan SMK Datuk Bendahara.
10. S: Apakah jenis kursus yang ditawarkan?
J:
  1. SMK  Seri Pengkalan –Pakaian dan Jahitan
  2. SMK Sultan Alaudin – Automotif.
  3. SMK Datuk Bendahara – Pendawaian Elektrik.
11. S: Adakah pelajar PAV menduduki PT3.
J: Tidak. Pelajar PAV menduduki Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ).
12. S: Ke manakah hala tuju pelajar PAV setelah tamat tingkatan 3?
J: Mereka boleh meneruskan pembelajaran  ke Kolej Vokasional yang menawarkan kursus- kursus yang berkaitan di tahap yang lebih tinggi
13. S: Bolehkah murid berkeperluan khas diterima masuk ke aliran Vokasional?
J: Boleh, dengan syarat bersesuaian dengan kursus yang diminati dan akan diuruskan oleh guru mereka.
PROGRAM VOKASIONAL MENENGAH ATAS ( PVMA )
14. S: Apakah PVMA?
J: PVMA ialah Program Vokasional Menengah Atas yang menggantikan MPV (Mata Pelajaran Vokasional) yang sedia ada di sekolah harian. Ianya adalah program berbentuk kemahiran yang disediakan kepada pelajar yang tidak cenderung kepada akademik.
15. S: Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memohon PVMA?
J: Kelayakan adalah kepada pelajar lepasan  PT3 dan berminat dalam bidang kemahiran.
16. S: Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan ke program PVMA?
J: Permohonan boleh dibuat secara on line melalui portal BPTV.
17. S: Apakah kursus yang ditawarkan melalui program PVMA?
J: Terdapat 12 jenis kursus kemahiran yang ditawarkan kepada pelajar yang berminat.
18. S: Apakah penambahbaikan PVMA?
J: Penambaikan PVMA ialah ia mempunyai dwi pensijilan yang diiktiraf iaitu Silij Kemahiran Malaysia ( SKM ) tahap 1 atau 2  dan sijil SPM.
19. S: Adakah sukatan pembelajaran  PVMA sama dengan sukatan pembelajaran  di aliran Perdana?
J: Tidak sama. Pelajar PVMA mempelajari bidang kemahiran lebih banyak berbanding bidang akademik iaitu 55% kemahiran dan 45% akademik.
20. S: Bagaimanakah hala tuju pelajar PVMA ?
J: Setelah tamat pembelajaran di tingkatan 5, pelajar boleh meneruskan pengajian kemahiran ke tahap yang lebih tinggi lagi di institusi latihan kemahiran awam atau institusi latihan kemahiran swasta.

 

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK (UNIT BAHASA) (Kemaskini  1 Oktober 2016)

PROGRAM i-THINK
1. S: Apa itu program i-THINK?
J: Program untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.. i-THINK membawa maksud innovative THINKING (pemikiran inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir
2. S: Bagaimana hendak menggunakan Peta Pemikiran?
J: Peta Pemikiran digunakan berdasarkan proses pemikiran yang hendak digunakan dalam sesuatu tajuk. Sebagai contoh, untuk membandingkan antara A dan B memerlukan proses pemikiran membanding beza. Peta yang paling sesuai ialah Peta Buih Berganda.
3. S: Apakah tugas pasukan pemandu?
J: Pasukan pemandu menjadi penggerak, sumber rujukan, model, penyokong, dan penggalak kepada guru dan murid.
4. S: Bagaimana merancang pelaksanaan program ini?
Penubuhan Pasukan Pemandu à Taklimat Kepada Guru dan Ibu Bapa à Taklimat Kepada Murid à Aplikasi Oleh Guru dan Murid à Pemantauan Berterusan à Perkongsian Idea à Taklimat Pengukuhan Jika Perlu.
Program Literasi dan Numerasi (LINUS)?
5. S: Apa itu program Literasi dan Numerasi (LINUS)?
J:
  1. LINUS ialah akronim daripada rangkai kata “ Literacy and Numeracy Screening”.
  2. LINUS merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas litersi dan kemahiran asas numerasi semasa berada di tahap 1 sekolah rendah.
    1. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M, iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.
6. S: Apakah faktor utama untuk  memastikan kejayaan LINUS?
J: Antaranya adalah seperti yang berikut:
  1. Guru pemulihan LINUS (1:15 murid).
  2. Mewujudkan jawatan FasiLINUS di PPD (1:30 sekolah).
  3. Semua sekolah mesti menyertai Program LINUS.
  4. Meningkatkan kemahiran pedagogi guru melalui latihan dalam perkhidmatan dan latihan pra-perkhidmatan.
  5. Pemantauan berterusan oleh pihak KPM/JPN/PPD/SEKOLAH.
BAHASA CINA SEKOLAH KEBANGSAAN
7. S: Sejak bila Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina di sekolah Kebangsaan (BCSK) di mulakan?
J: Program projek rintis Tahun 3 telah diadakan pada tahun 1996 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di 96 buah sekoalh di seluruh negara , dan seterusnya telah  dilaksanakan sepenuhnya dari Tahun 3-Tahun 6 mulai tahun 2000.
8. S: Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak pengurus sekolah bagi menubuhkan kelas BCSK?
J:
  1. Surat Kebenaran ibu bapa/penjaga secara bertulis mesti diperolehi sebelum murid berkenaan menyertai kelas BC.
  2. Memenuhi permintaan daripada sekurang-kurangnya 15 orang ibu bapa.
  3. Masa sebanyak 120 minit seminggu diberi kepada mata pelajaran tersebut.
POL Bahasa Cina
9. S: Apakah nama penuh POL?
J: Bahasa Ibunda atau Pupils' Own Language
10. S: Apakah syarat utama yang perlu dipatuhi oleh pihak pengurus sekolah bagi melaksanakan kelas POL Bahasa Cina?
J: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran POL  Bahasa Cina di Sekolah Menengah Kebangsaan diadakan apabila terdapat lima belas (15) orang ibu bapa atau lebih memohon supaya bahasa berkenaan diajar di sesebuah sekolah tersebut.
11. S: Siapakan tenaga pengajar kelas POL di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)?
J: Tenaga pengajar kelas POL Bahasa Cina Di Sekolah Menengah Kebangsaan dilantik daripada guru-guru Bahasa Cina yang sedang mengajar di sekolah-sekolah lain atau guru-guru Bahasa Cina yang bersara.
12. S: Berapakah bilangan sekolah di Negeri Melaka yang melaksanakan Kelas POL?
J: Mengikut data kelas POL Bahasa Cina Tahun 2016, terdapat 12 buah sekolah yang melaksanakan kelas POL Bahasa Cina di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Negeri Melaka, Keseluruhan kelas POL Bahasa Cina ialah 19 kelas. Manakala Kelas BCSK yang tunggal dilaksanakan di SK St. Francis, Melaka.
BAHASA TAMIL SEKOLAH KEBANGSAAN (BTSK)
13. S: Sejak bila pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah Kebangsaan di mulakan?
J: Program BTSK secara rintis Tahun 3 telah diadakan pada tahun 1996 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di 96 buah sekolah di seluruh negara dan seterusnya telah  dilaksanakan sepenuhnya dari Tahun 3 hingga Tahun 6 mulai tahun 2000.
14. S: Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak pengurus sekolah bagi menubuhkan kelas BTSK?
J: Syarat yang diperlukan:
  1. Surat kebenaran ibu bapa/penjaga secara bertulis mesti diperoleh sebelum murid berkenaan menyertai kelas BTSK.
  2. Memenuhi permintaan sekurang-kurangnya daripada 1 orang ibu bapa/penjaga..(Tiada had)
  3. Peruntukan masa sebanyak 120 minit seminggu diberikan kepada mata pelajaran tersebut.
POL Bahasa Tamil
15. S: Apakah nama penuh POL?
J: Bahasa Ibunda atau Pupils' Own Language
16. S: Apakah syarat utama yang perlu dipatuhi oleh pihak pengurus sekolah bagi melaksanakan kelas POL Bahasa Tamil?
J: Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran POL Bahasa Tamil di Sekolah Menengah Kebangsaan diadakan apabila terdapat lima belas (15) ibu bapa / penjaga atau lebih memohon supaya bahasa berkenaan diajar di sesebuah sekolah tersebut.
17. S: Mengapakah kelas POL dimulakan pada minggu ke – 3?
J: Kelas POL dilaksanakan  selepas mendapat peruntukan dari KPM. Setelah mendapat peruntukan, barulah kelas ini dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
18. S: Mengapa  kelas Bahasa Tamil tidak dilaksanakan dalam jadual waktu walaupun terdapat permintaan daripada ibu bapa, khususnya di Daerah Melaka Tengah dan apakah tindakan seterusnya?
J: Kekurangan guru opsyen BahasaTamil di sekolah menengah. Maka, kelas Bahasa Tamil tidak dapat dilaksanakan dalam jadual waktu sepenuhnya. Oleh sebab itu, kelas POL diwujudkan supaya pelajar tidak ketinggalan mempelajari Bahasa Tamil.
19. S: Berapakah bilangan sekolah di Negeri Melaka yang melaksanakan Kelas POL Bahasa Tamil dan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK)?
J: Mengikut data kelas POL Bahasa Tamil Tahun 2016, terdapat 24 buah sekolah (38 buah kelas) yang melaksanakan kelas POL Bahasa Tamil di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) negeri Melaka. Manakala Kelas BTSK dilaksanakan di 13 buah sekolah kebangsaan. Kelas POL di SK dilaksanakan di 11 buah sekolah.
Highly Immersive Programme (HIP)
20. S: Apa itu  HIP?
J: HIP ialah nama singkatan daripada rangkai kata Highly Immersive Programme (HIP). HIP ialah aktiviti sokongan Bahasa Inggeris di sekolah.
21. S: Benarkah HIP membantu murid dalam menguasai Bahasa Inggeris?
J: Ya, murid-murid dapat menguasai Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya peringkat asas.
22. S: Adakah semua sekolah melaksanakan program HIP?
J: Pada masa sekarang hanya 20 buah sekolah yang terlibat, iaitu10 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah. Menjelang tahun 2018 semua sekolah terlibat dalam HIP.
23. S: Apakah kategori aktiviti dalam program HIP?
J:
  1. Aktiviti dalam bilik darjah – waktu Bahasa Inggeris
  2. Aktiviti luar kelas (contohnya: perhimpunan sekolah)
  3. Aktiviti kelas tambahan
  4. Aktiviti Outreach
DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
24. S: Apakah itu Dasar MBMMBI?
J: Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.
25. S: Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
J:

Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.

Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.

26. S: Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?
J: Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.
27. S: Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?
J: Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.
28. S: Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah?
J: Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p Sains dan Matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p Sains dan Matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p Matematik dan Sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.
PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA (KPBM)
29. S: Apakah Objektif pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK?
J: Objektif pelaksanaan KPBM Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK adalah untuk memastikan 100 peratus murid normal Tahun 3 kohort 2013 menguasai kemahiran Bahasa Malaysia pada tahun 2015. Selain  menguasai kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia,  KPBM juga bertujuan untuk memastikan standard Bahasa Malaysia dapat diselaraskan di semua sekolah rendah dan memartabatkan Bahasa Malaysia di SJK sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di bawah dasar MBMMBI.
30. S: Adakah murid berkeperluan khas terlibat dalam pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK?
J: Murid berkeperluan khas tidak terlibat dalam pelaksanaan KPBM.
31. S: Bilakah kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan?
J: Kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK telah bermula pada tahun 2014.
32. S: Adakah kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan dalam waktu PdP atau di luar PdP?
J: Kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan di luar waktu PdP.
33. S: Berapa orang murid yang terlibat dalam satu kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK?
J: Murid yang terlibat dalam satu kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK ialah seramai 5 orang.

 

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK (UNIT SAINS SOSIAL) (Kemaskini  1 Oktober 2016)

UNIT SAINS SOSIAL
1. S: Bagaimanakah Unit Sains Sosial membantu sekolah-sekolah dalam pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran?
  J: Unit Sains Sosial akan membantu, membimbing, menasihati serta meningkatkan motivasi guru-guru dalam setiap usaha untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran melalui kursus dan berbagai bentuk perkembangan staf, serta menggerakkan setiap program yang dikelolakan oleh Jabatan, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah dan Unit Sains Sosial dari semasa ke semasa.
2. S: Apakah Bidang Mata Pelajaran yang terdapat di bawah pengurusan Unit Sains Sosial?
  J: Sejarah, Geografi, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Moral, Pendidikan Muzik, Pendidikan Sivik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, dan Pendidikan Sains Sukan.
3. S: Berapakah Kod Klasifikasi Sistem Pengurusan Fail Kurikulum/Akademik terkini dan jumlah fail  yang perlu disediakan?
  J:

Sila Rujuk Surat Siaran JPM.SKPP.PT.100/12/1/1(20) bertarikh 18 Ogos 2015 dan JPM.SPA.SS.100/1/2 bertarikh 22 Disember 2015

1.  Fail Rasmi- Berkulit Putih/Fail Terhad

2.  Fail Sokongan – Kulit Keras

  1. Maklumat Panitia
  2.  Kurikulum
  3. Perancangan
  4. Peperiksaan
 4. S: Apakah yang dimaksudkan Pentaksiran Sekolah (PS)
  J:
  1. Pentaksiran yang dilakukan di Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 hingga 5.
  2. Sekolah menyediakan instrument.
  3. Pentaksiran dalam bentuk Formatif dan Sumatif.
  4. Diuruskan oleh Guru Mata Pelajaran di sekolah.
  5. Pelaporan oleh sekolah.
5. S: Jelaskan Pentaksiran dalam bentuk Formatif dan Sumatif
  J:

Pentaksiran Formatif :

Pentaksiran secara berterusan pada waktu pengajaran dan pembelajaran.

Bertujuan untuk melihat perkembangan murid.

Pelaporan dalam bentuk tahap penguasaan.

Pentaksiran Sumatif:

Ujian atau Peperiksaan.

Bertujuan untuk melihat pencapaian murid di akhir pembelajaran.

Pelaporan dalam bentuk gred.

 

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK (UNIT SAINS) (Kemaskini  1 Oktober 2016)

PROGRAM DWIBAHASA
DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)
a) Definisi DLP
Program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan Matematik (STEM) yang lain.
b) Definisi Sekolah DLP
Sekolah yang telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan PdP dalam
bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan mata Pelajaran STEM yang lain.
c) Definisi Guru DLP
Guru Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang mengajar mata
pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.
d) Definisi Kelas DLP
Kelas yang melaksanakan PdP dalam bahasa Inggeris sepenuhnya bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain.
e) Definisi Murid DLP
Murid yang mengikuti PdP mata pelajaran Sains, Matematik dan mata
pelajaran STEM yang lain dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dengan
kebenaran ibu bapa.
f) Mata pelajaran terlibat dalam DLP
Mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Inggeris iaitu mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain.
KATEGORI - DASAR
1. S: Apakah yang dimaksudkan dengan Dual Language Programme (DLP)?
J: Dual Language Programme (DLP) adalah program yang diperkenalkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi.
2. S: Bagaimana DLP menyokong dasar pendidikan?
J: Selaras dengan aspirasi PPPM agar murid menguasai kemahiran dwibahasa, DLP memberi peluang kepada murid untuk mengguna pakai bahasa Inggeris melalui mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. DLP
membolehkan masyarakat Malaysia meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global.
3. S: Adakah ini satu cara berbalik kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)?
J: Tidak. DLP adalah satu program pengukuhan bahasa Inggeris berasaskan pilihan sekolah, manakala PPSMI adalah suatu dasar yang dilaksanakan di semua sekolah. Dasar MBMMBI diperkenalkan untuk memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian mengambil langkah untuk mengukuhkan lagi penguasaan bahasa dengan memperkenalkan 23 program. Kini, Kementerian memperkenalkan 2 program baharu iaitu Program Imersif Tinggi (Highly Immersive Programme, HIP) dan Program Dwibahasa (Dual Language Programme, DLP). Langkah ini akan meningkatkan pendedahan terhadap bahasa Inggeris bagi memperkukuh kemahiran berbahasa Inggeris. Dengan pelaksanaan DLP, Kementerian akan menilai sekolah yang mempunyai keupayaan dan sumber yang sedia ada dengan
sewajarnya untuk memastikan keberkesanan program ini bagi sekolah-sekolah yang terlibat.
4. S: Tidakkah kelas bahasa Inggeris mencukupi untuk meningkatkan
kemahiran berbahasa Inggeris?
J: Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa tempoh pendedahan yang lebih lama berbanding kadar semasa (15-20%) diperlukan untuk murid menguasai bahasa Inggeris (PPPM). DLP mendedahkan murid kepada masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih lama dari kadar semasa yang diperuntukkan untuk dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
5. S: Adakah semua sekolah diwajibkan untuk melaksanakan DLP?
J: Sekolah diupayakan untuk membuat pilihan berdasarkan kriteria yang telah digariskan. Sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada PPD dan JPN. Pelaksanaan DLP adalah tertakluk kepada kelulusan
Kementerian berlandaskan kesediaan sekolah.
6. S: Adakah UPSR di sediakan dalam dwi bahasa?
J: Ya. Kertas UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan disediakan dalam dwibahasa.
7. S: Adakah PT3 di sediakan dalam dwi bahasa?
J: Ya. Kertas PT3 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan disediakan dalam dwibahasa.
8. S: Apakah bahasa pengantar yang akan digunakan bagi pentaksiran pusat bagi UPSR, PT3, SPM & STPM
J: Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing.
9. S: Adakah pentaksiran sekolah dan peperiksaan pusat akan menggunakan dwi bahasa?
J:

Ya. Peperiksaan pusat akan kekal menggunakan dwi bahasa. Pentaksiran di peringkat sekolah juga perlu disediakan dalam dwi bahasa.

Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing.

10. S: Adakah murid dibenarkan untuk menjawab soalan peperiksaan dalam kedua-dua bahasa?
J:

Tidak. Murid hanya dibenarkan menjawab sama ada dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau bahasa Inggeris sepenuhnya.

Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing.

11. S: Bagaimanakah KPM menangani isu penguasaan bahasa Inggeris guru-guru Matematik, Sains dan mata pelajaran STEM
J:

Jangka pendek
ELTC akan membantu dengan menjalankan program Latihan peningkatan profiensi Bahasa Inggeris dalam kalangan guru yang mengikuti DLP.

Jangka panjang
KPM akan memastikan Institusi Pendidikan Guru melengkapkan guru-guru pelatih dengan kemahiran untuk mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, guru-guru ini adalah guru opsyen Bahasa Inggeris (major atau minor).

12. S: Adakah guru-guru Sains dan Matematik akan dibayar BISP?
J: Tidak.
13. S: Adakah guru-guru akan diberikan latihan untuk mengajar Sains dan
Matematik dalam DLP bagi tahun 2016?
J: Tidak kerana sekolah yang terpilih adalah sekolah yang telah bersedia untuk uji rintis. ELTC akan membantu dengan menjalankan program latihan peningkatan profiensi Bahasa Inggeris dalam kalangan guru yang mengikuti DLP pada tahun 2017 dan tahun berikutnya.
14. S: Bagaimanakah kelas DLP dapat diterusnya sekiranya terdapat
pertukaran guru?
J: JPN, PPD dan PGB perlu memastikan tenaga guru yang berkemampuan untuk mengajar kelas DLP cukup sepanjang program ini dilaksanakan sekiranya berlakunya pertukaran guru.
KATEGORI - SEKOLAH
1. S: Apakah kriteria pelaksanaan DLP yang perlu dipenuhi?
J:

Sekolah perlu memenuhi kriteria berikut untuk memohon melaksanakan DLP:
i) Sumber yang mencukupi;

ii) Kesediaan Pengetua/ Guru Besar dan guru untuk melaksanakan DLP;
iii) Permintaan dan sokongan daripada ibu bapa; dan
iv) Pencapaian sekolah dalam mata elajaran Bahasa Melayu yang menyamai atau lebih baik daripada pencapaian purata kebangsaan

2. S: Bagaimanakah sekolah boleh memohon untuk melaksanakan program DLP?
J: Pihak sekolah boleh memanjangkan permohonan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing. PPD akan menjalankan tinjauan/ pemeriksaan sewajarnya ke atas sekolah berkenaan. Sekiranya sekolah disahkan bersedia untuk melaksanakan program ini, permohonan tersebut akan dimajukan kepada JPN. JPN akan
memanjangkan permohonan ini kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk penilaian terakhir dan kelulusan KPM.
3. S: Sekiranya sekolah tidak dipilih untuk menyertai DLP, bolehkah pihak
sekolah membuat rayuan?
J: PGB boleh membuat rayuan kepada PPD dan rayuan akan dipertimbangkan oleh KPM.
4. S: Selain Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), bolehkah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) melaksanakannya
DLP?
J: Sekolah Jenis Kebangsaan boleh membuat rayuan di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing untuk dipertimbangkan oleh KPM.
5. S: Bagi sekolah berenrolmen rendah, saiz kelas mungkin kurang daripada 15 orang dan tidak memenuhi syarat minima untuk
membuka kelas DLP. Adakah sekolah dibenarkan untuk membuka kelas DLP?
J: Ya, sekiranya semua ibu bapa bersetuju untuk membenarkan anak mereka menyertai DLP. Sekiranya terdapat mana-mana ibu bapa yang tidak bersetuju, maka sekolah perlu meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu.
6. S: Adakah sekolah boleh menawarkan DLP di Tahun 1 dan tidak di
Tahun 4?
J: Tidak. Sekolah perlu menawarkan DLP di Tahun 1 dan Tahun 4.
7. S: Sekiranya pihak sekolah memenuhi semua kriteria DLP dan ingin menawarkan pdp bagi SEMUA kelas Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 dalam bahasa Inggeris, adakah ia dibenarkan?
J: Ya, sekiranya pihak sekolah menerima persetujuan bertulis daripada semua ibu bapa di kelas Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1.
8. S: Jika ibu bapa mahukan DLP tetapi sekolah tidak berminat, apakah
yang boleh dilakukan oleh ibu bapa?
J: Sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 pelajar dengan kebenaran daripada ibu bapa yang berminat untuk mengikuti DLP, sekolah tersebut perlu cuba untuk menampung permintaan itu. Pentadbir sekolah perlu mempertimbangkan permohonan tersebut dan berbincang dengan pihak PPD dan JPN. Perbincangan atau dialog berterusan perlu diadakan di antara pihak sekolah, ibu bapa dan PPD untuk membuat perancangan yang dapat memuaskan hati semua pihak.
9. S: Bagaimana sekiranya ibu bapa ingin anak mereka menarik diri dari DLP selepas mula mengikuti program ini?
J:

Murid tidak dibenarkan menarik diri daripada program DLP. Keputusan murid individu untuk mengikuti kelas DLP adalah berdasarkan kemahuan ibu bapa. Ibu bapa digalakkan untuk membuat pertimbangan serius berdasarkan kesediaan murid dan berpandukan khidmat nasihat pihak sekolah sekiranya perlu.

Setelah persekolahan bermula, murid tidak dibenarkan masuk atau keluar daripada program DLP dalam pertengahan pelaksanaan program.

Sekiranya murid ketinggalan dalam mata pelajaran akibat penguasaan yang lemah dalam bahasa pengantar yang digunakan, pihak ibu bapa perlu memberi kerjasama dan membantu sekolah dalam memberikan sokongan intervensi.

10. S: Adakah murid akan diberi sokongan seperti diberi program transisi
sekiranya berpindah dari sekolah yang melaksanakan DLP ke sekolah yang tidak melaksanakan DLP atau sebaliknya?
J:

Sekolah asal harus memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa tentang risiko yang mungkin akan dihadapi oleh murid sekiranya berpindah dari sekolah yang melaksanakan DLP ke sekolah yang tidak melaksanakan DLP atau sebaliknya.


Sekolah yang menerima murid tersebut digalakkan untuk membantu murid menghadapi transisi ini.

11. S: Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya saya ingin memperoleh
maklumat lanjut?
J:

Pihak ibu bapa boleh menghubungi pihak sekolah dan sekolah akan menyalurkan soalan tersebut kepada pegawai PPD atau JPN bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Selain daripada itu, pihak terlibat boleh menghubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk sebarang pertanyaan berkenaan DLP.

12. S: Jika hanya ada guru Matematik yang bersedia menjalankan DLP, sedangkan guru Sains enggan menjalankan DLP, bolehkan sekolah
menawarkan hanya Matematik dam Bahasa Inggeris sedangkan
Sains dalam Bahasa Melayu?
J: Tidak. Setiap kelas yang menjalankan DLP mestilah menawarkan kedua-dua Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
13. S: Adakah bahan dan peralatan tambahan bagi Sains/ Matematik akan dibekalkan bagi sekolah yang menjalankan DLP?
J: Tidak. Sekolah perlu menggunakan sumber sedia ada. Pihak KPM hanya akan membekalkan buku teks, buku rujukan tambahan, DSKP, OPSME untuk kegunaan guru dan murid.
14. S: Adakah sekolah DLP akan dibekalkan dengan bahan Bantu Mengajar seperti teaching courseware?
J: Tidak. Sekolah perlu menggunakan sumber sedia ada
15. S: Adakah bahan sokongan tambahan disediakan bagi sekolah yang
menjalankan DLP bagi Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1?
J: Ya. Buku rujukan dalam pasaran yang dipilih oleh Kementerian akan dipilih dan dibekalkan untuk kegunaan guru sebagai bahan rujukan tambahan dalam pelaksanaan DLP tahun 2016 sahaja. Ia akan ditempatkan di pusat sumber sekolah.
16. S: Adakah DSKP akan diterjemahkan ke dalam BI?
J: Ya. DSK, DSP dan DSKP untuk sekolah rendah akan diterjemahkan. HSP untuk tingkatan 1 telah sedia ada dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan 2016.
17. S: Adakah pihak sekolah perlu menyediakan soalan dalam dwibahasa?
J: Ya. Sekolah mesti menyediakan soalan yang setara untuk murid DLP dalam bahasa inggeris dan untuk murid bukan dalam kelas DLP dalam bahasa Malaysia
18. S: Sekiranya murid berpindah di pertengahan tahun daripada sekolah yang tidak menjalankan DLP, ke sekolah yang menjalankan DLP dan
memohon untuk menyertai kelas DLP, adakah ini dibenarkan?
J: Boleh, sekiranya murid dan ibu bapa bersetuju untuk mengikuti program tersebut.
19. S: Bagaimana sekiranya murid berpindah di pertengahan tahun daripada sekolah yang menjalankan DLP, ke sekolah yang tidak
menjalankan DLP?
J: Murid tersebut perlu mengikuti PdP seperti yang ditawarkan di sekolah tersebut.
20. S: Simulasi:
Sekiranya terdapat 4 kelas bagi tahun 1, dan terdapat 15 orang murid yang hendak menyertai DLP, dan terdapat guru yang bersedia untuk
mengajar Sains dan Matematik dalam BI adakah pihak sekolah perlu membuka kelas baru (tambahan) menjadikan 5 kelas tahun 1. Adakah pihak sekolah boleh memohon guru tambahan?
J: Tidak, kerana bilangan kelas perlu dikekalkan kerana tiada tambahan guru dibenarkan. Sekolah perlu menggunakan sumber tenaga pengajar sedia ada.
21. S: Simulasi:
Sekiranya terdapat 15 orang murid dalam permulaan kelas DLP dan bilangan murid menurun hingga 10 orang pada pertengahan tahun,
adakah kelas tersebut perlu ditutup?
J: Sekolah boleh terus melaksanakan program tersebut. Perbincangan atau dialog perlu diadakan di antara pihak sekolah, ibu bapa dan PPD untuk menangani isu tersebut.
22. S: Adakah pihak sekolah boleh memulakan DLP di pertengahan tahun?
J: Tidak, kerana ia akan mengganggu pembelajaran murid.
23. S: Adakah pihak sekolah boleh memulakan DLP bagi murid tahun 2, sedangkan di tahun1 murid tersebut belajar Sains dan Matematik
dalam Bahasa Melayu?
J: Tidak, murid mesti memulakan DLP di Tahun 1 atau Tahun 4 mulai tahun 2016.
24. S: Simulasi:
Bagi sekolah kurang murid (SKM) yang hanya mempunyai 14 orang murid bagi satu kelas dan kesemuanya bersetuju untuk mengikuti DLP dan kempat-empat syarat telah dipenuhi, adakah sekolah tersebut dibenarkan untuk terlibat dalam DLP?
J: Ya. Pihak KPM membenarkan sekolah tersebut menjalankan DLP kerana ia merupakan sekolah kurang murid (SKM) dan telah memenuhi kempat-empat syarat.
25. S: Simulasi:
Bagi sekolah kurang murid (SKM) yang mempunyai 20 orang murid, 15 daripadanya bersetuju untuk mengikuti DLP dan 5 orang lagi tidak
bersetuju. Adakah pihak sekolah perlu membuka 2 kelas bagi mata Pelajaran Matematik dan Sains?
J: Sekiranya pihak sekolah boleh menyediakan 2 kelas tanpa meminta tambahan guru, pihak sekolah boleh menjalankan DLP. Sekiranya, pihak sekolah mempunyai kekangan dari segi penyediaan guru, sekolah tersebut tidak boleh menjalankan DLP kerana tidak memenuhi
salah satu daripada syarat yang ditetapkan.
26. S: Adakah guru yang telah bersetuju untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, boleh menarik diri setelah
beberapa bulan menjalankan DLP?
J:

Pihak sekolah, PIBG dan PPD perlu memastikan guru bersetuju dan bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik, Sains dalam bahasa Inggeris sebelum membuat keputusan untuk melaksanakan DLP pada tahun 2016.

Sekiranya terdapat guru yang ingin menarik diri, pihak sekolah, PIBG dan PPD perlu mengenalpasti masalah yang dihadapi dan cuba mengatasinya.

27. S: Bolehkah sesi pengajaran dan pembelajaran DLP dijalankan dalam
kedua-dua bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)?
J: Tidak. PdP perlu dijalankan dalam satu bahasa sahaja, sama ada dalam bahasa Melayu sepenuhnya ataupun bahasa Inggeris sepenuhnya.
KATEGORI – MURID
1. S: Adakah murid dibenarkan untuk terus mempelajari mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain dalam bahasa
Melayu di sekolah yang melaksanakan DLP?
J: Ya. Pihak sekolah perlu memastikan murid tersebut terus mempelajari mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain dalam bahasa Melayu berdasarkan kemahuan ibu bapa, kerana bahasa
Malaysia adalah bahasa penghantar utama di sekolah.
2. S: Sekiranya murid telah mempelajari mata pelajaran DLP dalam bahasa Melayu pada tahap persekolahan terdahulu, adakah ianya sukar bagi
mereka untuk mempelajari mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris pada tahap persekolahan seterusnya?
J:

Sekolah digalakkan untuk membantu murid dengan menjalankan program transisi khususnya murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 yang baru menyertai DLP.

Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan program OPSME untuk membiasakan murid dengan istilah-istilah pengajaran dan pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

3. S: Adakah ibu bapa perlu menandatangani apaapa surat persetujuan
untuk anak mereka menyertai program ini?
J: Ya, ibu bapa perlu menandatangani surat persetujuan pada minggu pertama persekolahan 2016.
4. S: Adakah murid yang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di Tahun 1 2015 boleh mengikuti DLP di Tahun 2 pada 2016?
J: Tidak. Murid perlu memulakan DLP di Tahun 1 atau Tahun 4 pada tahun 2016.
5. S: Adakah semua murid yang menjalani DLP dibekalkan dengan buku teks?
J: Ya, buku teks KBSR (versi bahasa Inggeris) akan dibekalkan oleh pihak Kementerian kerana kandungan kurikulum yang hampir sama.

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK (UNIT MATEMATIK) (kemaskini 1 November 2016)

UNIT MATEMATIK
1. S: Perlukah pihak sekolah melaksanakan Kerja Projek Matematik Tambahan?
J: Berdasarkan panduan pelaksanaan STEM, terutamanya Matematik Tambahan, pelaksanaan kerja projek adalah wajib.
2. S: Bolehkah kalkulator digunakan ketika PdP oleh murid sekolah rendah?
  J:

Boleh. Contohnya untuk tujuan semakan jawapan latihan murid.

3. S: Sekiranya sekolah saya hanya mempunyai 2 orang guru Matematik, perlukah pihak saya menubuhkan Panita Mata Pelajaran Matematik?
  J: Pihak sekolah boleh menggabungkan beberapa Mata Pelajaran di bawah satu Panita. Contoh Panitia Sains dan Matematik. Rujuk SPI Bil. 4/1986
4. S: Apakah syarat untuk menjadi Ketua Panitia Matematik dan setiausaha Panitia Matematik?
  J: Ketua Panitia ialah seorang guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar berdasarkan kekananan, kelayakan akademik, pengalaman mengajar, prestasi kerja dan sifat-sifat kepimpinan. Seorang setiausaha hendaklah dipilih oleh ahli panitia.

 

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK (UNIT ICT PENGKOMPUTERAN) (kemaskini 1 November 2016)

UNIT ICT PENGKOMPUTERAN
   
   
     
     
     

 

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK (UNIT PRA SEKOLAH AKADEMIK) (kemaskini 1 November 2016)

UNIT PRA SEKOLAH AKADEMIK
 1 S: Apakah matlamat pendidikan prasekolah?
J: Matlamat pendidikan prasekolah adalah untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.  Matlamat ini berfokus untuk melahirkan murid yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dan bersosialisasi dengan yakin, mampu menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah, berkeinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran seterusnya.
 2. S: Mengapakah pendidikan prasekolah sangat penting kepada kanak-kanak yang berumur 4 – 6 tahun?
  J: Pendidikan prasekolah sangat penting kepada kanak-kanak yang berumur 4 – 6 tahun kerana ia merupakan asas pendidikan bagi seseorang kanak-kanak sebelum masuk ke Tahun Satu di system persekolahan formal.  Perkembangan keterampilan dan pengetahuan (kecerdasan dan sikap) kanak-kanak diperingkat pra sekolah yang dijalankan secara tidak formal ini dapat menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan, seterusnya dapat memberi kesan yang dramatic terhadap pembelajaran mereka ketika memasuki sekolah formal di Tahun Satu.
 3. S: Peperiksaan tidak boleh dijalankan di prasekolah.  Oleh itu, bagaimanakah pencapaian kanak-kanak di prasekolah dinilai?
  J: Pentaksiran dijalankan untuk menilai pencapaian kanak-kanak yang merangkumi aspek kognitif, efektif dan psikomotor seperti yang terdapat di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan secara berterusan sepanjang tempoh persekolahan.  Pentaksiran ini adalah berasakan kriteria dan bukan pembandingan antara murid.  Kaedah yang digunakan adalah pemerhatian berterusan dan penilaian hasil kerja murid yang akan didokumentasikan secara sistematik di dalam rekod senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod berterusan, persampelan masa dan persampelan peristiwa.  Data yang dikumpul dan direkod itu akan dianalisis supaya pelaporan yang dibuat adalah sah dan sahih.
4. S: Apakah kandungan pembelajaran yang diajar di prasekolah?
  J: Kanak-kanak prasekolah diajar berdasarkan kandungan pembelajaran di dalam kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil), Kerohanian Sikap dan Nilai (Pendidikan Islam dan pendidikan Moral), Perkembangan Fizikal dan Estetika (Perkembangan Fizikal dan penjagaan Kesihatan, Kreativiti dan Estetika), Sains dan teknologi (Sains Awal dan Matematik Awal). Kemanusiaan dan Keterampilan Diri.  Enam tunjang ini telah disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
5. S: Mengapakah di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) tiada kandungan kemahiran Teknologi Maklumat di dalam Tunjang Sains dan Teknologi?
  J: Ini adalah kerana elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah diserapkan di dalam PdP untuk memastikan murid dapat mengaplikasikan dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari.  Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif, malah menjadikan PdP lebih menarik dan menyeronokkan.  TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran.

 

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH (UNIT SEKOLAH MENENGAH) (kemaskini  1 Julai 2016)

UNIT SEKOLAH MENENGAH

PENGURUSAN GURU

1

S:

Apakah kategori guru yang  tidak  layak memohon pertukaran?

J:

Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran;

  1. Guru yang sedang bercuti tanpa gaji
  2. Guru yang sedang mengikuti kursus/cuti belajar
  3. Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib

2

S:

Bagaiman cara untuk memohon pertukaran?

J:

Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri / Antara Bahagian / Antara Daerah dan Dalam Daerah boleh dipohon secara on-line dalam Sistem e-GTukar di laman sesawang  http://epgo.moe.gov.myyang dibuka pada;

  1. Permohonan Pertukaran Guru  Sesi Jun : 1 hingga 30 April
  2. Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari :  1 hingga 30 September.
  3. Permohonan Pertukaran Khas Guru Antara Negeri : (Tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,KPM)

(Sebarang perubahan tarikh atau jangka masa permohonan eG-Tukar adalah tertakluk kepada pihak BPSH, KPM)

Permohonan secara on-line ini hanya dibuka bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berikut:

  1. DGA 29, DGA 32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38(KUP Time-based)
  2. DG 41,  DG 44 (KUP Time-based), DG48(KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based), DG54(KUP Time-based)
  3. Guru Tingkatan 6 yang belum dilantik

3

S:

Apakah kategori guru yang perlu memohon secara manual dan tidak boleh melalui Sistem eG-Tukar?

J:

Pegawai Penderkhidmatan Pendidikan yang menjawat jawatan seperti berikut;

  1. Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang

Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar melalui Unit Naik Pangkat, JPN  untuk diambil tindakan dan dipanjangkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia.serta menghantar  satu salinan untuk makluman kepada Unit Sekolah Menengah, JPN.

  1. Guru Tingkatan Enam yang telah dilantik

Mengisi permohonan secara manual dan dihantar melalui Unit Sekolah Menengah, JPN  dan dipanjangkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan.

4

S:

Bagaimanakah jika pentadbir atau guru lupa kata laluan dan password eG-Tukar?

J:

Jika pentadbir atau guru boleh merujuk kepada pegawai Pengurusan Guru di Unit Sekolah Menengah/Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Melaka untuk memohon atau mereset kembali kata laluan dan password eG-Tukar atau boleh merujuk kepada pegawai Pengurusan Data di unit yang sama. Kata laluan dan password eG-Tukar dan e-Operasi menggunakan kata laluan dan password yang sama.

5

S:

Bolehkan saya meminta pihak JPN untuk menempatkan saya  di sekolah yang berhampiran dengan kediaman saya?

J:

Penempatan guru adalah berdasarkan kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen. Data BSKG digunakan mengikut ABM Perjawatan bagi mengetahui kedudukan kekosongan perjawatan, keperluan opsyen guru-guru dan kepentingan perkhidmatan  di sekolah.

6

S:

Bolehkah saya membatalkan kelulusan pertukaran saya jika saya berubah fikiran untuk tidak jadi bertukar ke negeri yang telah dipohon?

J:

Kelulusan pertukaran yang telah dimaklumkan adalah muktamad dan tidak boleh dibatal. Guru perlu melapor diri mengikut tarikh kuatkuasa yang telah diarahkan ke sekolah yang telah ditempatkan . Kegagalan untuk melapor diri membolehkan seseorang guru itu dikenakan tindakan tatatertib jika ingkar perintah.

Seseorang guru atau penjawat awam yang tidak melapor diri boleh diambil tindakan berdasarkan Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, selaras demgan arahan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM. INTEGRITI(S) 600-12/6(12) bertarikh 11 Februari 2015 berkaiatan dengan ketidakpatuhan pegawai terhadap arahan penempatan/pertukaran tempat bertugas.

PENGURUSAN DATA

1.

S:

Apakah kepentingan e-Operasi?

J:

i.

Sumber rujukan maklumat guru, maklumat sekolah, dan enrolmen murid.

ii.

Sumber keperluan guru di sekolah melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)

    iii. Sekolah boleh memohon Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan Guru ABM (P)
    iv. Melaksanakan maklum balas penempatan guru baharu dan guru pertukaran
    v. Hal -hal yang berkaitan data guru dan bukan guru

2.

S:

Apakah nama pautan e-Operasi?

J:

Boleh layari pada pautan http://eoperasi.moe.gov.my 

3.

S:

Bagaimana jika seseorang guru atau staf sokongan sekolah lupa id dan kata laluan e-Operasi ?

J:

  1. Guru boleh merujuk kepada pegawai meja e Operasi di Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Melaka
  2. Staf sokongan sekolah boleh merujuk kepada pegawai meja e Operasi Unit Perjawatan, JPN Melaka.

4.

S:

Apakah peranan Pengetua dan GPK 1 tentang e-Operasi ?

J:

  1. Pengetua : membuat pengesahan maklumat guru dan staf sokongan
  2. GPK 1 : menyemak dan mengemaskini maklumat guru dan staf sokongan

5.

S:

Bila guru boleh mengemaskini data?

J:

Pengemaskinian boleh dibuat sepanjang tahun kecuali semasa sistem ditutup untuk memproses permohonan pertukaran melalui e-gTukar

6.

S:

Bilakah pihak sekolah perlu memuat turun data sekolah (BSKG dan Enrolmen)?

J:

Data perlu dimuat turun pada setiap bulan.

Contoh : Data bulan Januari boleh dimuat turun pada 1 Februari, begitulah bagi bulan-bulan seterusnya.

PENGURUSAN MURID MENENGAH

1.

S:

Bolehkah pertukaran sekolah bagi murid warganegara dibuat pada bila-bila masa?

J:

Ya, pertukaran sekolah murid warganegara bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 boleh dibuat pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun pertukaran masuk ke sekolah yang dipohon tertakluk kepada kekosongan tempat, zon penempatan, syarat dan matapelajaran pilihan yang ditawarkan sebelum diluluskan oleh JPN/PPD.

2.

S:

Bolehkah permohonan pertukaran dibatalkan oleh pemohon?

J:

Boleh, pemohon perlu memaklumkan ke JPN/PPD yang meluluskan kemudian melapor diri dengan segera ke sekolah asal.

3.

S:

Saya telah memohon pertukaran tetapi tidak melapor diri ke sekolah yang diluluskan selepas beberapa bulan, apa yang perlu saya lakukan sekiranya ingin bersekolah semula?

J:

Selepas 14 hari diluluskan permohonan pertukaran masuk ke sekolah baharu yang dipohon tetapi pemohon tidak melapor diri ke sekolah yang diluluskan, oleh yang demikian kelulusan adalah terbatal dan pemohon perlu memohon belajar semula dengan mengisi borang ASBS dan memajukan kepada JPN bagi kelulusan masuk sekolah kerajaan.

4.

S:

Siapakah yang meluluskan pertukaran masuk dan adakah pemohon perlu ke JPN Negeri bagi tujuan mendapat kelulusan masuk sekolah kerajaan?

J:

Kelulusan masuk ke sekolah kerajaan dibuat oleh Pengarah Pelajaran Negeri, walaubagaimanapun kuasa melulus telah diturunkan kepada PPD Daerah. Pemohon tidak perlu ke JPN Negeri bagi tujuan mendapat kelulusan masuk, memadai hanya ke PPD sahaja.

5. S: Bolehkah pihak sekolah membatalkan (tidak menerima) kelulusan masuk pertukaran yang diluluskan?
  J: Kelulusan masuk sekolah kerajaan adalah Kuasa Eksekutif Pengarah Pelajaran Negeri yang diturunkan kepada PPD Daerah. Fungsi sekolah adalah menerima masuk murid dan tidak berhak menolak kelulusan yang telah dibuat. Pihak sekolah boleh berbincang dengan PPD sekiranya penempatan yang diluluskan ini melibatkan beberapa masalah seperti tiada subjek elektif, MPV yang ditawarkan, masalah fizikal kelas dan sebagainya.

PENGURUSAN TINGKATAN 6

1.

S:

Adakah saya perlu memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam?

J:

Calon tidak perlu memohon bagi  melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam untuk calon SPM tahun semasa kerana ianya dibuat melalui penawaran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

2.

S:

Bagaimana saya hendak mengetahui adakah saya berjaya atau tidak melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam?

J:

Calon boleh membuat semakan melalui laman web rasmi KPM iaitu www.moe.gov.my

3.

S:

Apa Syarat Kemasukan Ke Tingkatan Enam?

J:

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi  mata pelajaran Bahasa Melayu dan berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari  tahun semasa.

4.

S:

Apa Syarat Memilih Jurusan Kemanusiaan?

J:

Calon mesti mendapat sekurang-kurang tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran tertentu. (boleh juga termasuk Bahasa Melayu)

5.

S:

Apa Syarat Memilih Jurusan Sains?

J:

Calon mesti mendapat sekurang-kurang tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran jurusan sains. (tidak termasuk Bahasa  Melayu)

6.

S:

Bagaimanakah Membuat Rayuan Memasuki Tingkatan Enam Bawah?

J:

Calon boleh membuat rayuan secara online atau ke JPN/ sekolah Pusat Tingkatan Enam dengan mengisi  menggunakan Borang T6RU. Borang yang telah lengkap boleh dihantar ke sekolah pusat atau JPN.

Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun.

Kelulusan JPN tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dimohon

7. S: Bagaimanakah Rayuan Calon Sekolah Untuk Memasuki Tingkatan Enam Bawah Berdasarkan Kokurikulum?
  J: Calon sekolah boleh membuat rayuan kepada JPN  melalui Pengetua Sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK.
8. S: Bagaimanakah Calon Swasta Ke Tingkatan Enam Sekolah Kerajaan?
  J: Calon swasta boleh memohon ke JPN  menggunakan Borang T6B CP yang boleh didapati daripada JPN/sekolah pusat Tingkatan Enam.
9. S:

Bagaimanakah Memohon Pertukaran Jurusan?

  J:

Permohonan pertukaran jurusan menggunakan Borang RTJT6 dikemukakan melalui Pengetua kepada JPN.

Calon mesti mengisi Borang Inventori Minat Kerjaya bagi menyokong permohonan untuk ke jurusan yang dipohon. Laporan lengkap Borang Inventori Minat Kerjaya tersebut disertakan bersama borang permohonan

KELAS RANCANGAN KHAS

1.

S:

Bagaimana cara untuk memohon ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK)?

J:

  1. Permohonan dilakukan melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) secara on-line melalui laman sesawanghttp://public.moe.gov.my
  2. Permohonan dibuka mulai 1 September hingga 15 Oktober

 

2.

S:

Apakah syarat kelayakan untuk terpilih ke Kelas Rancangan Khas (KRK)?

J:

Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut :

i. Warganegara Malaysia
ii. Murid dari Sekolah Kebangsaan sahaja (keutamaan untuk Bumiputera)
iii. Memperoleh 5A atau 4A1B atau 4A1C atau 3A2B dalam UPSR

3.

S:

Bagaimanakah keputusan untuk memasuki Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) diketahui ?

J:

Pemohon boleh mengetahui keputusan tersebut mulai 20 Disember melalui sekolah rendah masing-masing atau secara on-line dalam portal Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di laman sesawang http://public.moe.gov.my

4.

S:

Sekolah manakah yang ada Kelas Rancangan Khas?

J:

Terdapat 25 buah sekolah di Melaka yang ada Kelas Rancangan Khas, sekolah tersebut ialah :

i. SMK Tinggi Melaka (Lelaki sahaja)
ii. SMK Tinggi Perempuan Melaka (Perempuan sahaja)
iii. SMK Telok Mas
iv. SMK Bukit Rambai
v. SMK Ayer Keroh
vi. SMK Air Molek
vii. SMK Seri Tanjung
viii. SMK Tun Tuah
ix. SMK Klebang Besar
x. SMK Bukit Baru
xi. SMK Dato’ Dol Said
xii. SMK Dato’ Haji Talib Karim
xiii. SMK Naning
xiv. SMK Ghafar Baba
xv. SMK Hang Kasturi
xvi. SMK Lubok China
xvii. SMK Rahmat
xviii. SMK Seri Pengkalan
xix. SMK Durian Tunggal
xx. SMK Kem Terendak
xxi. SMK Dang Anum
xxii. SMK Datuk Bendahara
xxiii. SMK Iskandar Shah
xxiv. SMK Nyalas
xxv SMK Sungai Rambai
5. S: Bolehkah pertukaran sekolah dilakukan setelah keputusan penempatan ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) diumumkan?
  J:
  • Ibu bapa boleh membuat pertukaran sekolah selepas dua minggu sesi persekolahan bermula.
  • Pertukaran ke sekolah KRK akan diluluskan jika terdapat kekosongan tempat di sekolah KRK yang dipohon.
6. S: Adakah semua sekolah yang ada Kelas Rancangan Khas mempunyai asrama?
  J:

Hanya 12 buah sekolah KRK yang ada kemudahan asrama, sekolah tersebut ialah ;

i. SMK Tinggi Melaka (Lelaki sahaja)
ii. SMK Tinggi Perempuan Melaka (Perempuan sahaja)
iii. SMK Telok Mas
iv. SMK Bukit Rambai
v. SMK Dato’ Dol Said (Lelaki sahaja)
vi. SMK Dato; Haji Talib Karim (Perempuan sahaja)
vii. SMk Ghafar Baba
viii. SMK Lubok China
ix. SMK Iskandar Shah
x. SMK Nyalas
xi. SMK Dang Anum (Perempuan sahaja)
xii. SMK Kem Terendak (Perempuan sahaja)
7. S: Bagaimana cara untuk memohon penginapan di asrama?
  J:
  • Permohonan untuk tinggal di asrama boleh dipohon melalui sekolah tersebut.
  • Bagi murid yang ditawarkan ke tingkatan satu di sekolah KRK yang mempunyai asrama, keutamaan untuk tinggal di asrama akan diberi kepada murid yang tinggal jauh dari sekolah tersebut.

 

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH (UNIT SEKOLAH RENDAH) (kemaskini  1 November 2016)

1. S:

Bilakah pendaftaran murid Tahun 1 boleh dibuat?

Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran?

J:

Pendaftaran murid ke Tahun 1 boleh dibuat oleh ibu / bapa / penjaga murid mulai

1 Mac hingga 30 April setiap tahun bagi kanak-kanak yang telah mencapai umur 6 tahun.

Dokumen yang perlu dibawa:

  1. Sijil lahir asal kanak-kanak  beserta salinan.
  2. Surat akuan nikah asal ibubapa beserta salinan.

Pendaftaran boleh dibuat untuk dua sesi kemasukan setiap tahun:

  1. Kanak-kanak yang dilahirkan pada  2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 boleh memohon kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi 2017.
  2. Kanak-kanak yang dilahirkan pada  2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 boleh memohon kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi 2018.
2. S:

Apakah syarat-syarat kemasukan kanak-kanak di bawah umur ke Tahun 1 bagi sesi

persekolahan 2017?

J:
  1. Kanak-kanak warganegara yang dilahirkan pada 2 hingga 15 Januari 2011.
  2. Telah mengikuti kelas tadika / pra sekolah.
  3. Mencapai tahap yang munasabah dari segi ‘mental dan reading age’.
  4. Menghadiri sesi temuduga yang dikendalikan oleh pegawai di Unit Rendah JPN bagi memastikan kesahihan perkara  b dan c.
  5. Terdapat kekosongan tempat di sekolah yang dipohon.
  6. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah JPN dengan menyertakan bersama sijil lahir, surat pengesahan tadika laporan kemajuan murid salinan kad pengenalan ibubapa dan salinan sijil perakuan nikah yang telah disahkan.

Tentatif Jadual Pelaksanaan Proses Permohonan Kemasukan Kanak-kanak Di bawah Umur Ke Tahun 1 / 2017:

  1. Surat Pemberitahuan JPN ke PPD dan sekolah  -  minggu ke-2 Jun 2016
  2. Ibubapa mengemukakan permohonan ke JPN menggunakan Borang PMA01 – minggu ke-3 Jun – 31 Ogos 2016.
  3. Ujian Saringan – minggu ke-2 Oktober 2016
  4. Ujian Temubual  -  minggu ke-3 November 2016
  5. Keputusan Permohonan BPSH ke JPN – minggu 1 Disember
  6. Makluman keputusan permohonan dan tawaran penempatan sekolah kepada pemohon yang berjawa -  minggu 1 dan ke-2 Disember 2016
  7. Kanak-kanak melapor diri sebagai murid Tahun 1/2017 – Hari pertama persekolahan 2017
3. S:

Kemasukan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Rendah Kerajaan

Dan Bantuan kerajaan

J: A. Apakah yang dimaksudkan P.U (A) 275. Jadual Pertama Akta Pendidikan 1996?
P.U (A) 275 merupakan Peraturan Undang-Undang Awam untuk menerima kemasukan murid bukan warganegara bersekolah di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berkuatkuasa pada 23 Julai 1998.
B. Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang pemohon untuk mendapat kelulusan untuk bersekolah di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan?

Pemohon terlebih dahulu perlu menulis surat ke Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri (unit sekolah rendah) bagi tujuan meminta khidmat nasihat mencadangkan sekolah yang hendak dipohon.

Dapatkan Borang P.U (A) 275 Jadual Pertama dan Kedua.

C. Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan oleh warga asing untuk mendapatkan kebenaran memasuki sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan?

2 salinan passport murid

2 salinan sijil kelahiran murid

2 salinan passport ibubapa / permit masuk / sijil warganegara ibubapa

2 salinan Dependant Pass ibu dan anak

2 salinan pengesahan daripada majikan

2 salinan butir-butir persekolahan sebelumnya / surat kelulusan daripada JPN / PPD

Guru Besar adalah dilarang sama sekali mendaftar atau memberi  tumpang sementara murid bukan warganegara selagi belum mendapat kelulusan Pendaftar Sekolah.

4. S: Apakah prosedur untuk memohon perpindahan murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan?
  1. Bagi murid warganegara gunakan Borang PU(A)275 Jadual Ketiga (5 salinan).
  2. Borang boleh diperolehi dari sekolah semasa murid.
  3. Hanya ibubapa kandung atau penjaga yang sah dibenarkan untuk memohon serta menguruskan pertukaran murid.
  4. Borang yang telah lengkap dan telah diperakukan oleh Guru Besar hendaklah dkemukakan kepada :
    1. Pejabat Pendidikan Daerah,  bagi pertukaran dalam Daerah
    2. Pejabat Pendidikan Daerah penerima,  bagi pertukaran dalam negeri
    3. PPD / JPN  negeri penerima, bagi pertukaran antara negeri
untuk proses kelulusan.
PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI SECARA ATAS TALIAN
1. S:

Saya telah di tempatkan mengajar di negeri Melaka sejak tahun 2008.  Saya bercadang untuk mohon bertukar balik ke negeri asal di Pahang.  Bagaimanakah cara untuk saya

memohon pertukaran antara negeri ?

J:

Permohonan pertukaran guru antara negeri boleh dibuat secara atas talian (e-Gtukar) melalui laman sesawang  http://apps.moe.gov.my yang dibuka pada :

  1. bulan September bagi permohonan pertukaran bulan Januari dan
  2. bulan April bagi permohonan pertukaran Jun

Permohonan secara atas talian ini hanya dibuka bagi kumpulan guru berikut :

  1. Guru DG29 , DG32(KUP Time based) , DG34(KUP Time based) , DG38(KUP Time based)
  2. Guru DG41 , DG42 , DG44(KUP Time based), DG48 (KUP Time based) DG52(KUP Time based) dan DG54(KUP Time based)

Guru-guru yang berstatus kenaikan pangkat , guru cemerlang atau guru yang memegang jawatan secara hakiki ( DG32 , DG34 , DG38 , DG44 , DG 48 dan ke atas ) perlu memohon secara manual  ke Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri.

Perlu diingat guru yang sedang bercuti tanpa gaji dan guru yang sedang diambil tindakan    tatatertib tidak boleh memohon pertukaran.

 

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH (UNIT PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN)

UNIT PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN

1.

S:

Bagaimanakah cara ibu bapa atau orang awam membuat pertanyaan, cadangan atau aduan terhadap pendidikan di Melaka?

J:

Ibu bapa atau orang awam boleh membuat pertanyaan, cadangan atau aduan melalui seperti berikut:

a.

Menghubungi Kaunter Khidmat Pelanggan, Jabatan Pendidikan Melaka di talian :

06-2323776 / 06-2323777 / 06-2323778 / 06-2323779

b.

Menghantar melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

c.

Melayari Portal Jabatan Pendidikan Melaka di dalam menu Orang Awam (Submenu Aduan & Maklumbalas)

d.

Menghantar surat ke alamat :

Pengarah,

Jabatan Pendidikan Melaka,

Jalan Istana,

75450 Bukit Beruang,

Melaka

e.

Menghubungi 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC), bagi semua kementerian di talian 03-8000 8000

f.

Melayari Portal Biro Pengaduan Awam di alamat http://www.pcb.gov.my

2.

S:

Apakah syarat-syarat untuk memohon cuti peristiwa daripada Pendaftar/Pengarah Pendidikan?

J:

a.

Hari persekolahan telah atau akan mencapai sekurang-kurangnya 190 hari setahun.

b.

Cuti peristiwa tidak digunakan untuk maksud memanjangkan cuti penggal.

c.

Cuti peristiwa yang diambil hendaklah tidak melebihi empat hari bagi mana-mana satu tahun.

d.

Pihak Sekolah boleh menggunakan cuti peristiwa untuk program sekolah atau perayaan agama yang melibatkan kebanyakan murid.

e.

Permohonan cuti peristiwa dikemukakan 2 minggu sebelum tarikh cuti yang dipohon untuk kelulusan Pendaftar/Pengarah (u.p.: Unit Perhubungan dan Pendaftaran).

3.

S:

Boleh atau tidak sekolah menjalankan program selain daripada Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) pada persekolahan ganti hari Sabtu?

J:

Tidak boleh. Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998, telah mentafsirkan bahawa hari ganti sebagai “hari yang pendidikan hendaklah dijalankan di sekolah sepenuhnya bagi menggantikan hari pendidikan tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang diluluskan oleh Pendaftar.

 

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH (UNIT PRA SEKOLAH PENGURUSAN) (kemaskini : 1 Julai 2016)

UNIT PRA SEKOLAH (PENGURUSAN)

1.

S:

Bilakah iklan pengambilan murid prasekolah dibuka ?

J:

Tarikh permohonan akan dibuka bermula 1 April – 31 Julai.

2.

S:

Di manakah borang  permohonan boleh didapati ?

J:

Borang permohonan boleh didapati di sekolah-sekolah yang ada Program Pendidikan Prasekolah.

3.

S:

Ke manakah borang permohonan ini hendak dihantar ?

J:

Borang permohonan yang telah lengkap bolehlah dihantar ke sekolah yang menjadi pilihan.

4. S: Berapakah had umur layak memohon mengikuti pendidikan Prasekolah KPM ?
  J: Kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun layak memohon. Keutamaan adalah untuk kanak-kanak berumur  6 tahun.
5. S: Apakah syarat-syarat kemasukan ke kelas prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ?
  J:

Syarat-syarat kemasukan murid ke Kelas Prasekolah KPM adalah merujuk surat KP (PUU)10074/02/9/Jld.3(53) bertarikh 6 Mac, 2002 dan KP(BS)/(PSR) 8502/10/Jld.VII(8) bertarikh 29 Mac 2002 :

  1. Warganegara Malaysia sahaja dan wajib mempunyai surat beranak .(merujuk kepada penerimaan kemasukan murid ke sekolah rendah.
  2. Kanak-kanak yang mencapai umur lima (5) tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.
  3. Keutamaan pemilihan berasaskan kepada merit pendapatan ibu bapa / penjaga di bawah garis kemiskinan dan ‘ranking’ pendapatan perkapita keluarga dari rendah ke tinggi.
  4. Jumlah bilagan murid setiap kelas biasa tidak melebihi daripada 25 orang, kelas integrasi tidak melebihi 7 orang.
6. S: Siapakah yang mengetuai pemilihan kemasukan murid ke kelas prasekolah ?
  J: Guru Besar yang akan mengetuai Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah bagi sekolah tersebut.
7. S: Apakah kelayakan menjadi guru prasekolah ?
  J: Sama seperti syarat dan kelayakan permohonan untuk guru-guru opsyen lain.
8. S: Apakah kelayakan Pembantu Pengurusan Murid  (PPM)?
  J: Lulus Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) serta mempunyai 5 kepujian termasuk B.Malaysia.
9. S: Bagaimana cara memohon untuk menjadi PPM Prasekolah ?
  J: Boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
10. S: Bagaimanakah cara melaksanakan lawatan sambil belajar murid prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ?
  J: Permohonan lawatan perlu mendapatkan kebenaran dari Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri  dengan disertakan Kertas Kerja Lawatan .
11. S: Bagaimanakah hendak menggunakan wang baki Bantuan Makan Murid (BMM) ?
  J:

Permohonan hendaklah dikemukakan ke Unit Kewangan, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan bagi mendapatkan kebenaran menggunakan wang baki  tersebut. Setiap permohonan mestilah menyatakan perincian pembelian bahan makan murid berdasarkan :

Surat siaran KP.1574/4/6/Jld.8 (33) bertarikh 30 Julai 2007 di para 2 menyatakan 

"..Bahagian Kewangan tiada halangan membenarkan pihak sekolah membelanjakan baki peruntukan tersebut bagi tujuan membekalkan makanan kepada murid prasekolah sahaja.."

12. S: Apakah jenis bantuan yang diberikan untuk murid di kelas prasekolah ?
  J:

Jenis bantuan yang diberikan adalah :

  1. Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
  2. Bantuan Geran Per Kapita (PCG)
  3. Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)
13. S: Apakah jenis pembelian yang dibolehkan mengguna wang Bantuan Geran Per Kapita (PCG) ? 
  J:

Pembelian yang dibolehkan menggunakan wang PCG ialah :

  1. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan PdP.
  2. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah.
  3. Penyelenggaraan computer dan lain-lain peralatan untuk PdP.
  4. Pembelian bahan PdP ( buku rujukan, cakera padat dan lain-lain.
  5. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan semasa cuti atau hari persekolahan
14. S: Adakah murid prasekolah perlu membayar insurans  ?
  J: Murid prasekolah tidak perlu membayar insurans sama seperti murid aliran perdana.

 

SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN (kemaskini 1 Julai 2016)

 
1. S: Apakah peranan utama Sektor Penilaian dan Peperiksaan?
  J:

Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP) memberikan khidmat bantuan yang berkaitan
peperiksaan yang antaranya ialah mendaftarkan calon-calon peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM dan MUET. Selain itu, SPP turut membekalkan kertas soalan yang
mencukupi, sah dan selamat pada hari peperiksaan, mengeluarkan keputusan peperiksaan
yang sah, mengedarkan sijil dan menyediakan analisis keputusan pada hari
pengumumannya.

Peperiksaan awam dikendalikan oleh dua badan iaitu Lembaga Peperiksaan, Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk UPSR, PT3, SPM dan STAM sementara Majlis Peperiksaan
Malaysia pula mengendalikan STPM dan MUET.

2. S: Bagaimana saya boleh mendapatkan semula sijil peperiksaan saya yang telah hilang?
  J: Untuk sijil UPSR, permohonan perlu dibuat di sekolah masing-masing manakala
SRP/PMR/PT3/MCE/SPM permohonan perlu dibuat di Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Borang permohonan boleh didapati di Sektor Penilaian dan Peperiksaan atau dimuat turun
dilaman web www.moe.gov.my/lp. Bayaran RM 30.00 dalam bentuk kiriman wang/wang
pos atas nama Pengarah Peperiksaan dan dihantar terus ke Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
3. S: Saya seorang guru yang telah mengajar lebih 3 tahun. Bolehkah saya memohon untuk
menjadi pemeriksa kertas peperiksaan?
  J:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) yang telah disahkan dalam jawatan dan
berpengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun adalah layak untuk memohon
menjadi pemeriksa kertas peperiksaan.

Permohonan boleh dibuat samada di Lembaga Peperiksaan atau Majlis Peperiksaan
Malaysia. Borang permohonan boleh didapati di Sektor Penilaian dan Peperiksaan dan juga
laman web www.moe.gov.my/lp dan www.mpm.edu.my.

4. S: Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula sijil yang tidak dituntut dan
telah dikembalikan ke MPM?
  J: Tuntutan boleh dibuat di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan bayaran RM 50.00
dalam bentuk kiriman wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
Borang boleh diperolehi melalui laman web www.mpm.edu.my atau di Sektor Penilaian
Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Melaka
5. S: Keluarga saya telah berpindah ke negeri lain. Bolehkah saya menukar tempat saya
mengambil peperiksaan?
  J: Permohonan pindah pusat peperiksaan boleh dilakukan dengan mengemukakan borang
permohonan yang boleh didapati di Sektor Peperiksaan dengan bayaran tertentu mengikut
jenis peperiksaan. Sila dapatkan maklumat dari pegawai meja peperiksaan tersebut.
6. S: Adakah pihak SPP juga mengendalikan peperiksaan lain selain daripada peperiksaan
awam dari Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia?
  J: Pihak Sektor Penilaian dan Peperiksaan juga mengendalikan beberapa peperiksaan luar
negeri seperti ABRSM, ACCA dan Universiti of London.
Peperiksaan Bahasa Antarabangsa :- Bahasa Perancis (DELF), Bahasa Jepun dan Bahasa
Jerman.
7. S: Anak saya berumur 18 tahun dan dibesarkan di luar Negara. Anak saya tidak mengambil
UPSR dan PMR. Bolehkah anak saya mendaftar SPM?
  J: Anak tuan boleh mendaftar untuk mengambil SPM walaupun tidak mengambil UPSR dan
PMR.
Syarat untuk mendaftar SPM ialah :-
Pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kerajaan, atau
Sekolah Menengah Swasta yang berdaftar, atau
Mereka yang pernah menduduki PMR sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum mendaftar,
atau
Mereka yang telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM
semasa.
Malaysian University English Test (MUET)
8. S: Bagaimanakah untuk membuat pendaftaran MUET?
  J: Layari Portal MPM http://www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my/ untuk
mengetahui cara membuat pendaftaran.
9. S: Setelah membuat pendaftaran, bagaimanakah saya boleh menyemak status
pendaftaran saya?
  J: Portal MPM http://www.mpm.edu.my.
10. S: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan slip daftar MUET (MUET/D)?
  J: Cetak dari Portal MPM http://www.mpm.edu.my
11. S: Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan menukar pusat ujian MUET?
  J: Calon dikehendaki mengisi borang MUET/C2 yang boleh dicetak melalui Portal
MPM http://www.mpm.edu.my dan mengemukakan permohonan kepada MPM melalui
Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, selewat-lewatnya dua sebulan sebelum
peperiksaan bermula.
12. S: Adakah bayaran dikenakan untuk menukar pusat ujian?
  J: Ya. Caj sebanyak RM25.00 (kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis
Peperiksaan Malaysia").
13. S: Jika saya ingin menarik diri daripada menduduki MUET, adakah yuran ujian saya akan
dikembalikan.
  J: Tidak, kecuali bagi calon yang sakit berpanjangan dan dapat mengemukakan surat
pengesahan tentang penyakitnya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan calon yang
meninggal dunia (salinan surat perakuan kematian hendaklah dikemukakan oleh ahli
keluarga atau wakilnya. Bagi kes di atas, jumlah bayaran akan ditentukan oleh MPM.
14. S: Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan ejaan nama dan nombor kad
pengenalan yang silap tercetak pada Slip Daftar MUET (MUET/D)?
  J: Calon boleh mengemukakan surat kepada MPM dengan menyertakan salinan kad
pengenalan. Pembetulan akan dibuat pada slip keputusan MUET.
15. S: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan slip keputusan MUET?
  J: Permohonan secara bertulis. Borang boleh dicetak melalui Portal
MPM http://www.mpm.edu.my.
16. S: Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan salinan slip keputusan MUET?
  J: Ya. RM20.00 kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi
permohonan kali ketiga dan seterusnya. Kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua
Eksekutif Majlis

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT) (kemaskini 1 Julai 2016)

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
1. S: Apakah tujuan Sistem Pegurusan Sekolah (SPS) diwujudkan?
J: Tujuannya adalah untuk mengelakkan guru-guru daripada melakukan kemasukan data berulang dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2. S:

Sistem Pengurusan Sekolah tertumpu kepada 3 modul utama.

Apakah 3 modul tersebut?

J:
  • Modul Pengurusan Sekolah
  • Modul Pengurusan Guru
  • Modul Pengurusan Murid.
3. S: Apakah peranan SPS dalam Dashboard KPM?
J: SPS merupakan sumber data Dashboard KPM bagi proses menganalisis, membuat perancangan, perbandingan dan mengenalpasti trend dalam pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara. Dashboard ini digunakan sebagai Executive Information System yang dapat membantu pihak pengurusan tertinggi KPM dalam memantau prestasi program pendidikan, mengenalpasti peluang dan masalah serta membuat keputusan.
4. S: Apakah yang terkandung dalam Modul Pengurusan Sekolah?
J: Modul Pengurusan Sekolah mengandungi maklumat asas semua institusi pendidikan seluruh negara yang telah berdaftar dan diberi kod institusi pendidikan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).
5. S: Siapakah yang bertanggungjawab bagi Modul Pengurusan Guru di peringkat sekolah?
J: Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK 1)
6. S: Apakah tugas /peranan Pengetua/Guru Besar dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)?
J:
  • Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data dan maklumat sekolah, guru, staf dan murid.
(Tindakan tatatertib boleh dikenakan sekiranya ada pemalsuan dan manipulasi data).
  • Memastikan semua Penolong Kanan melaksanakan pengoperasian data dan maklumat dalam SPS.
  • Mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JKPMS).
  • Mengesahkan Laporan Pengesahan sekolah sebelum dihantar ke PPD.
7. S: Apakah peranan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat di dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)?
J: Jawatankuasa Pengurusan Maklumat berfungsi bagi membincang, menyemak dan menentusahkan data dan maklumat yang terdapat di dalam SPS. Segala data dan maklumat yang telah ditentusahkan boleh dikeluarkan sebagai data rasmi KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
8. S: Apakah peranan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah?
J:
  • Akauntabiliti kepada PPD/JPN/KPM
  • Melaksanakan empat (4) kali mesyuarat setahun (Februari, Mei, Ogos, November) minggu pertama
  • Melaksanakan aktiviti pengumpulan, pengemaskinian, penyemakan (verifikasi), penentusahan dan penganalisisan data sekolah
  • Memastikan penyimpanan dan keselamatan data
  • Mematuhi tarikh aktiviti pengumpulan maklumat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan
  • Memastikan data dan maklumat yang dihasilkan adalah berkualiti, sahih dan terkini
  • Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan sekolah
  • Memaklumkan kepda PKG tentang masalah talian internet dan penyelenggaraan peralatan ICT
  • Melaksanakan tindakan sebagai pembekal utama data
9. S: Apakah tugas Guru Data / Pembantu Tadbir Perkhidmatan Rintis Data (NBOS)?
J:
  • Membantu mengumpul, mengunci masuk data, memproses, menyimpan, mencetak, menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
  • Membantu menyediakan input data/modul berkaitan SPS kepada JKPMS.
  • Menjadi Setiausaha kepada JKPMS.
  • Membantu memastikan keselamatan dan kerahsiaan data sekolah.
  • Mematuhi aktiviti pengisian data/modul dalam SPS mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Membantu Penolong Kanan dalam pelaksanaan pengurusan data dan maklumat dalam SPS.
10. S: Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kesulitan berkaitan Sistem Pengurusan Sekolah siapakah pihak yang boleh dihubungi?
J:

Antara pihak terlibat yang boleh dihubungi adalah:

Modul Pengurusan Sekolah

Sektor Data Pendidikan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 2, Blok E8, 62604 PUTRAJAYA

No. Tel. : 03-88721457 / 03-88846358 / 03-88846550 / 03-88846555 / 03-88846557

 / 03-88846066 / 03-88846225 / 03-88846543 / 03-88846553

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Modul Pengurusan Guru

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA

Sektor Pengurusan Sekolah Menengah

No. Tel.: 03-88849346,

Sektor Pengurusan Sekolah Rendah

No. Tel.: 03-88849561

E-mel  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Modul Pengurusan Murid

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA

Unit ICT

No.Tel : 03-88849443 & 03-88849458

Sektor Pengurusan kaunseling dan Displin

No.Tel: 03-88849501

E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  

Perolehan ICT
1. S: Apakah pekeliling/peraturan yang boleh dirujuk sebelum perolehan ICT sekolah dilaksanakan?
J:

Perolehan Peralatan/Perisian ICT menggunakan peruntukan sekolah

Rujukan;

Pekeliling ICT KPM Bil. 1/2016 - Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPM;

url: http://www.moe.gov.my/images/pekeliling/2016/circularfile_file_001395.pdff 

Surat Pekeliling ICT Bil. 1/2016 - Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif Teknologi Maklumat Dan komunikasi KPM;

url: http://www.moe.gov.my/images/pekeliling/2016/circularfile_file_001394.pdf

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012 -Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid;

url: http://www.moe.gov.my/images/pekeliling/2012/circularfile_file_000999.pdf

Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2012; dan

url: http://www.moe.gov.my/images/pekeliling/2012/circularfile_file_001000.pdf

Surat Makluman Kontrak Bermasa Perolehan ICT KPM yang sedang berkuatkuasa.

2. S: Kepada Siapakah Perlu Disalurkan Untuk Permohonan Kelulusan Perolehan ICT Sekolah?
J: Permohonan Kelulusan Perolehan ICT Sekolah perlu disalurkan kepada urus setia JPICT JPN.
3. S: Siapakah urus setia bagi JPICT peringkat JPN Melaka?
J: Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) adalah urus setia di peringkat JPN Melaka.
4. S: Apakah Peranan Utama JPICT JPN?
J: Merujuk kepada Pekeliling ICT KPM Bil.1 Tahun 2016 Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia, peranan utama JPICT JPN adalah seperti berikut;
    • Menetapkan arah tuju dan strategi untuk pembangunan dan pelaksanaan ICT agensi;
    • Merancang, mengenal pasti dan mencadangkan sumber seperti kepakaran, tenaga kerja dan kewangan yang diperlukan bagi melaksanakan arah tuju/strategi ICT agensi;
    • Merancang dan menyelaras pembangunan dan pelaksanaan program/projek ICT agensi;
    • Menyelaras dan menyeragamkan pembangunan ICT agensi agar selari dengan pelan strategik organisasi dan pelan strategik ICT agensi;
    • Meluluskan projek ICT agensi berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan perbelanjaan yang berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkaitan;
    • Mengikuti dan memantau perkembangan program ICT agensi serta memahami keperluan, masalah dan isu yang dihadapi dalam pembangunan dan pelaksanaan ICT;
    • Merancang dan menentukan Iangkah-langkah keselamatan ICT;
    • Mengemukakan perolehan ICT yang telah diluluskan di peringkat JPICT agensi kepada JPICT KPM untuk kelulusan; dan
    • Mengemukakan laporan kemajuan projek ICT yang telah diluluskan oleh JTISA kepada JPICT KPM mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
5. S: Siapakah Keahlian JPICT JPN Melaka?
J:

Pengerusi: Pengarah Pendidikan Melaka

Ahli-ahli:

  1. Timbalan Pengarah;
  2. Ketua Sektor/Ketua Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri;
  3. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah;
  4. Pegawai Keselamatan ICT;
  5. Ahli-ahli jemputan yang berkaitan seperti Perunding/Pakar ICT MAMPU/ pegawai dengan kepakaran khusus mengikut bidang [subject matter expert (SME)] dan pemilik projek.

Urus Setia: Sektor Pengurusan Maklumat ICT JPN

6. S: Apakah skop dan had nilai inisiatif ICT yang memerlukan kelulusan JPICT-JPN Melaka?
J:

Merujuk kepada Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2016. Garis Panduan Tatacara Permohonan Kelulusan Teknikal Inisiatif Teknologi Maklumat Dan Komunikasi KPM, skop inisiatif ICT yang memerlukan kelulusan teknikal JPICT meliputi projek baharu, peningkatan sistem, pertambahan peralatan dan peluasan projek;

Had nilai permohonan perolehan inisiatif ICT mengikut peringkat kelulusan adalah seperti dalam Garis Panduan ini di Lampiran A.

7. S: Berapa kalikah Mesyuarat JPICT JPN diadakan dalam tempoh setahun?
J: Mesyuarat JPICT JPN diadakan sebanyak 3 kali setahun.
8. S: Apakah borang yang digunakan untuk permohonan JPICT?
J:

Pemohonan hendaklah dikemukakan melalui sistem aplikasi eJPICT di http://jpnmelaka.moe.gov.my/ejpict

Permohonan Online ini telah dimaklumkan kepada sekolah melalui surat edaran bernombor rujukan JPM.ICTM.300/1/4/5 Jld.11(66) bertarikh 8 September 2015.

9. S: Apakah dokumen yang perlu disertakan bersama permohonan ini?
J: Sebut harga daripada syarikat pembekal dan salinan surat kelulusan Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTJ) daripada Unit Kewangan JPN Melaka perlu disertakan bersama permohonan ini.
10. S: Adakah surat asal perlu dihantar setelah permohonan online ini dibuat?
J: Ya, surat asal yang bertandatangan perlu dihantar kepada urusetia JPICT JPN bagi tujuan auditan/fail. Maklumat online adalah untuk mempercepatkan proses kelulusan dibuat, rekod dan  backup.
11. S: Apa perlu dibuat sekiranya sekolah telah membuat perolehan ICT tanpa mendapatkan kelulusan JPICT JPN terlebih dahulu?
  J: Sekolah perlu membuat permohonan melalui eJPICT. Sila ikuti arahan yang dipaparkan dalam eJPICT. Salianan dokumen bukti perolehan yang telah dibuat adalah diperlukan dan hantarkan dokumen yang telah lengkap kepada Urus setia JPICT JPN bagi pertimbangan JPICT JPN.
 

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM (Kemaskini 1 Julai 2016)

UNIT PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA (PIPA)
1 S: Bagaimanakah saya ingin memohon masuk ke Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  J: Sekolah ini adalah sekolah kawalan maka kemasukannya adalah melalui permohonan ‘on line’ yang dibuka pada bulan September. Permohonan dibuat melalui e-Perkasa atau APDM (https://public.moe.my)
2 S: Apakah syarat kelayakan untuk belajar di sekolah aliran agama?
  J: Syarat minimum ke SMKA ialah 3A2B, mempunyai keputusan UPKK yang baik dan Lulus mata pelajaran Bahasa Arab. Syarat minimum ke SMKAA dan SABK ialah 2A3B, mempunyai keputusan UPKK yang baik dan Lulus mata pelajaran Bahasa Arab.
3 S: Apakah syarat dan kelayakan permohonan ke SMKA?
  J:
  • Menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Rendah kerajaan atau menduduki peperiksaan PMR di SMKA/SABK/SMK Kelas Aliran Agama.
  • Pemohon dan ibu/bapa/penjaga adalah warga Malaysia.
  • Mendapat 5A dalam UPSR atau sekurang-sekurangnya 4A (aliran sastera) dan 5A (aliran sains) dalam PMR.
  • Cemerlang dalam PKSR bagi subjek Pendidikan Islam atau PSRA kelolaan JAIS. - UPSR sahaja.
  • Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.
4 S: Bagaimana saya mengetahui keputusan permohonan saya ke aliran agama tingkatan 1?
  J: Keputusan permohonan ke SMKA akan dimaklumkan kepada pemohon atau melalui laman web Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka.
5 S: Saya gagal untuk mendapat tempat di sekolah aliran agama, adakah boleh membuat rayuan?
  J: Rayuan boleh dibuat melalui e-Perkasa yang ada di  laman web Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka. Rayuan hendaklah dikemukakan ke Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh surat keputusan permohonan.
6 S: Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan dalam permohonan ke aliran agama?
  J:

1.   Salinan Sijil Kelahiran pemohon.

2.   Salinan KP ibu dan bapa pemohon.

3.   Salinan Keputusan UPSR.                       

4.   Sijil-sijil ko-kurikulum atau yang berkaitan.

7 S: Berapa jumlah sekolah yang menawarkan aliran agama di bawah KPM di negeri Melaka?
  J: Sebanyak 3 SMKA, 8 KAA, 7 SABK Menengah dan 7 SABK Rendah.
8 S: Adakah murid yang tiada UPKK boleh memohon?
  J: Boleh. Ujian Kelayakan yang dikendalikan oleh SPI akan diadakan bagi murid yang tiada UPKK.
9 S: Adakah murid dari luar negeri Melaka boleh memohon?
  J: Boleh. Mereka diwajibkan menduduki Ujian Kelayakan yang akan dikendalikan oleh SPI.
10 S: Bilakah Ujian Kelayakan akan diadakan?
  J: Pemakluman akan disiarkan melalui portal SPI di alamat: http://jpnmelaka.moe.gov.my/spi
11 S: Adakah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan tanggungjawab di sekolah diambil kira dalam pemilihan kemasukan ke Tingkatan 1?
  J: Ya.
12 S: Bolehkah murid dari sekolah aliran biasa bertukar ke aliran agama?
  J: Tidak boleh kerana kurikulum yang berbeza. Sekolah Aliran Agama adalah sekolah kawalan.
13 S: Apakah kurikulum yang diajar SABK?
  J: Terdapat 2 kurikulum di SABK iaitu Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Diniah. Kedua-duanya WAJIB diambil.
14 S: Bagaimanakah saya ingin memohon masuk ke Tingkatan 4 di sekolah aliran agama?
  J:

1. Sekurang-kurangnya mendapat Gred A dalam mana-mana 4 mata pelajaran.

2. Sekurang-kurangnya mendapat Gred B dalam mata pelajaran matematik dan sains.

3. Sekurang-kurangnya mendapat Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

4. Lulus dalam mata pelajaran lain.

15 S: Bagaimana cara untuk mendaftar anak ke Tahun 1 di SABK?
  J: Pendaftaran boleh dibuat di sekolah yang dipohon setelah diiklankan oleh pihak sekolah.
16 S: Adakah murid dari SABK Rendah akan terus ke SABK memengah selepas Tahun 6?
  J: Tidak. Permohonan dibuat melalui e-Perkasa atau APDM (https://public.moe.my)
17 S: Bolehkah murid sekolah aliran agama bertukar ke sekolah aliran biasa?
  J: Boleh.
18 S: Bagaimana prosuder pertukaran murid dari aliran agama ke aliran biasa?
  J: Pemohon perlu mengisi borang pertukaran yang boleh diperolehi di sekolah dan membawanya ke SPI untuk mendapatkan kelulusan tukar aliran dan seterusnya dibawa ke Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) untuk penempatan ke sekolah yang dipohon.
19 S: Bagaimana prosedur pertukaran murid dari aliran agama ke aliran agama?
  J: Bagi pertukaran dari SMKA ke SMKA, KAA ke KAA dan SABK ke SABK, pemohon perlu mengisi borang yang boleh diperolehi di sekolah dan membawanya ke SPI untuk kelulusan dan penempatan.
20 S: Bagaimanakah pertukaran yang tidak dibenarkan?
  J: Pertukaran yang tidak dibenarkan iaitu SMKAA ke SABK, SMKA ke SABK, SMKAA ke SMKA (kecuali selepas Tingkatan 3), SABK ke SMKA (kecuali selepas Tingkatan 3) dan SK ke SABK.
21 S: Bagaimanakah calon boleh menyemak keputusan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SMKA, SMKAA dan SABK?
  J: Calon boleh melayari http://jpnmelaka.moe.gov.my/spi dan surat tawaran akan menyusul. Bagi calon yang tidak berjaya, surat tidak dihantar kepada calon.
22 S: Bolehkah guru SABK bertukar ke sekolah aliran biasa dan sebaliknya?
  J: Boleh. Pemohon mesti mengisi borang melalui eG-Tukar walaupun pertukaran dalam negeri.
23 S: Adakah guru SABK terkecuali dari keistimewaan yang diterima oleh guru-guru KPM sedia ada?
  J: Tidak. Mereka tidak terkecuali daripada menerima keistimewaan tersebut setelah menepati syarat yang ditetapkan oleh KPM.
24 S: Berapa kali pertukaran guru dalam setahun? Adakah guru SABK boleh memohon?
  J: Dua kali setahun, iaitu pertukaran pertengahan dan akhir tahun. Guru SABK boleh memohon setelah mencukupi syarat yang telah ditetapkan oleh KPM.
25 S: Bagaimana cara untuk memohon sebagai guru di SABK?
  J: Bahagian Sumber Manusia, KPM akan mengeluarkan iklan dari masa ke semasa secara online atau kepada SPI negeri.
26 S: Bagaimana cara untuk memohon sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih di SABK dan SMKA?
  J: Boleh. Pemohon dikehendaki mengisi borang yang boleh diperolehi di SPI dan akan dipanggil temuduga oleh SPI.
27 S: Apakah syarat untuk memohon GSTT?
  J: Syarat minimum ialah SPM dengan 5 kredit mata pelajaran dan lulus Bahasa Arab.

 

UNIT PENGURUSAN DAKWAH & SYIAR ISLAM (PDSI)
1 S: Sekiranya saya pernah mengikuti Kursus Khas Guru Pendidikan Islam (KKGPI), adakah masih wajib menghadiri Kursus Mursyid apabila dipanggil?
  J: KKGPI telah ditamatkan oleh BPI, KPM. GPI perlu mengikuti Kursus Guru Mursyid sekiranya dipanggil. Sekiranya ada masalah/ kekangan sila maklumkan kepada SPI dengan segera.
2 S: Adakah yuran aktiviti agama/moral yang dikutip daripada pelajar boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti dakwah seperti Maulidur Rasul dan sebagainya?
  J: Ya, pihak sekolah boleh menggunakan peruntukkan kewangan daripada yuran aktiviti agama / moral untuk aktiviti agama di sekolah.
3 S: Adakah disediakan penceramah-penceramah tertentu apabila melaksanakan sambutan hari kebesaran?
  J: Pihak SPI, Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka mempunyai senarai nama penceramah yang bertauliah. Sila hubungi pegawai di Unit Dakwah, SPI Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka untuk mendapat maklumat lanjut.
4 S: Adakah semua sekolah wajib menyertai MTQSS?
  J: Tidak diwajibkan tetapi amat digalakkan.
5 S: Apa itu PEKDIS?
  J: Singkatan bagi ”Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia”.
6 S: Siapakah yang layak menjadi ahli?
  J: Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh SPP yang mengajar M/P Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah pencen juga yang sedang berkhidmat di KPM, JPN dan PPD.
7 S: Apakah faedah menjadi ahli PEKDIS?
  J: Dapat memberi kebajikan kepada semua ahli Pekdis dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan Pendidikan Islam.
8 S: Saya ahli PEKDIS di Selangor, jika saya berpindah ke Melaka, adakah keahlian saya disambung?
  J: Sudah tentu kerana PEKDIS mempunyai cawangan di seluruh negara. Cuma harus diingat, keahlian anda berterusan sehingga ke tarikh yang ditetapkan. Bagi Negeri Melaka,Anda perlu menghubungi PEKDIS Melaka untuk memperbaharui keahlian namun perlindungan ETIQA anda tetap terus dilindungi sehingga 31 Mei tahun berkenaan (semasa).
9 S: Bagaimana hendak menjadi ahli seumur hidup?
  J: Belum ada cadangan keahlian seumur hidup tetapi ianya akan disyorkan dalam mesyuarat kelak.
10 S: Apa kaitan Takaful ETIQA dengan PEKDIS?
  J: Takaful ETIQA menyediakan Pelan Takaful Berkelompok yang berhubung dengan ahli PEKDIS.  Semua Ahli PEKDIS membayar yuran dan sumbangan sebanyak RM20.00 setahun. RM 12.00 adalah yuran PEKDIS manakala RM 8.00 disumbangkan ke Tabung Khairat PEKDIS mulai tahun 2016.
11 S: Apa beza PEKDIS dengan MAKDIS?
   
PEKDIS:
1. MAKDIS adalah nama terdahulu sebelum ditukar kepada PEKDIS iaitu singkatan bagi ”Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia”.
2. Pertubuhan NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
3. Boleh menggerakkan aktiviti ke mana sahaja di seluruh negara.
4. Menjalankan aktiviti dakwah untuk warga pendidik.
5. Mempunyai yuran tahunan.

MAKDIS:
1. Singkatan bagi ”Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah".
2. Hanya sebuah badan yang menjalankan aktiviti dakwah di sekolah-sekolah sahaja.
3. Hanya aktiviti dakwah di peringkat sekolah sahaja.
4. Menjalankan aktiviti dakwah di kalangan pelajar sahaja.
5. Tiada yuran tahunan.

12 S: Apakah biro-biro yang terdapat dalam PEKDIS?
  J: Antara Biro yang terdapat dalam PEDIS ialah Biro kebajikan, Biro Ekonomi, Biro Pendidikan, Biro Dakwah & Kepimpinan, Unit Latihan dan Unit Penyelidikan & Penerbitan.
13 S: Bagaimanakah caranya untuk saya menyemak keahlian?
  J: Akan disediakan di Portal PEKDIS Cawangan negeri Melaka ataupun boleh menghubungi Setiausaha PEKDIS.
14 S: Bolehkah Guru Agama yang bersara ingin menjadi ahli?
  J: Sudah tentu boleh kerana ia termasuk dalam syarat keahlian.
15 S: Adakah guru diniah SABK boleh menjadi ahli?
  J: Maaf, tidak boleh kerana keahlian hanya terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sahaja.
16 S: Guru j-QAF, boleh tak menjadi ahli?
  J: Sudah tentu boleh, kerana selain syarat di atas ia terbuka kepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
17 S: Bagaimanakah   caranya untuk membuat tuntutan kerana menghadiri program PEKDIS?
  J: Maaf, tiada sebarang tuntutan yang dapat disediakan oleh pihak PEKDIS kerana ia adalah sebuah NGO.

 

UNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM (PPI)
1 S: Masih adakah program j-QAF di sekolah rendah?
  J: Program j-QAF masih berjalan seperti biasa sehingga sekarang yang dijalankan oleh semua Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Jenama Guru Program j-QAF sahaja yang dimansuhkan  mengikut Surat Siaran SPI 2/2015.
2 S: Apakah makna sebenar singkatan bagi j-QAF?
  J: j-QAF adalah singkatan bagi:
j- Jawi, Q- Quran, A-Arab dan F= Fardhu ‘Ain.
3 S: Adakah semua sekolah rendah perlu melaksanakan Kem Cemerlang Jawi (KCJ)?
  J: Ye. Semua sekolah perlu mengikut modul yang telah diedar dan taklimatkan.
4 S: Bagi urusan pertukaran GPI dan GBA, adakah saya perlu merujuk ke SPI untuk permohonan?
  J: Tidak perlu kerana urusan pertukaran GPI dan GBA (Rendah), diuruskan oleh Unit Rendah, Jabatan Pendidikan Melaka manakala bagi sekolah menengah pula diuruskan oleh Unit Menengah, Jabatan Pendidikan Melaka.
5 S: Di sesetengah sekolah ada mata pelajaran KKQ. Apa maksud KKQ tersebut?
  J: KKQ adalah singkatan bagi Kelas Kemahiran al-Quran. Ia hanya ada di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA sahaja).
6 S: Saya difahamkan, Bahagian Pendidikan Islam telah memperkenalkan KBD dan KBT untuk sekolah-sekolah agama di Malaysia. Jika saya berminat mengikutinya, bagaimana ye?
  J: Jika anda ingin mengikuti kelas ini, anda hendaklah belajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Bagi subjek ini, hanya SABK sahaja yang menawarkannya.
7 S: Boleh berikan URL Portal SPI?
J: Portal SPI adalah sama URLnya dengan portal Jabatan Pendidikan Melaka iaitu: http://www.jpnmelaka.moe.gov.my
8 S: Adakah ujian PAFA masih relevan di sekolah?
J; Ye. Ujian PAFA ini perlu dijalankan secara berterusan di semua sekolah.
9. S: Apa dia Program Tahbibul-Lughah? Dan apa tujuan perlaksanaannya ?
J:

Program Tahbibul-Lughah adalah proses transasi peringkat menengah yang dilaksanakan untuk murid yang mendaftar ke tingkatan satu   di SMKA, SABK dan KAA. Tempoh pelaksanaannya  empat minggu,  sebelum murid diajar pelajaran sebenar berdasarkan sukatan  pelajaran .

Tujuan pelaksanaan ialah memupuk minat murid terhadap Bahasa Arab, disamping mengikis anggapan Bahasa arab adalah Bahasa Arab adalah bahasa tayang sukar dipelajari.

10. S: Berapakah peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Arab di Peringkat Menengah?
J: Peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Arab ialah 240 minit seminggu (satu masa pengajaran ialah 40 minit). Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2011
11. S: Bolehkah pelajar Islam tidak mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam ?
J: Berdasarkan Surat Siaran KPM KP(BPPDP)604/004-02 Jld.17(82)pelajar beragama Islam dimestikan mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam.
12 S: Berapakah jumlah KAA di negeri Melaka? Boleh disenaraikan?
J: Kita ada 8 sekolah yang ada Kelas Aliran Agama (KAA) di negeri ini iaitu SMK Dato’ Dol Said, SMK Lubok China, SMK Dato’ Talib Karim, SMK Bukit Rambai, SMK Sultan Alauddin, SMK Telok Mas, SMK Munshi Abdullah dan SMK Datuk Abdul Rahman Ya’kub.
13. S: Apakah syarat bagi pelajar tingkatan 1 yang berminat ke KAA ini?
J: Pelajar ini hendaklah mendapat sekurang-kurangnya 2A3B UPSR dan 5A 3B UPKK.
14. S: Nyatakan perbezaan SMKA, KAA dan SABK
J: SMKA adalah singkatan bagi Sekolah menengah Kebangsaan Agama.
KAA adalah singkatan bagi Kelas Aliran Agama; manakala
SABK pula adalah singkatan bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

 

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING (kemaskini 1 Julai 2016)

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
1. S: Apakah perbezaan antara nasihat dan kaunseling ?
J: Kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor yang terlatih dan klien di mana akhirnya akan mengalami satu perubahan tingkah laku yang positif manakala nasihat cuma sesi mendapatkan bantuan nasihat daripada seseorang yang tidak terlatih.
2. S: Bagaimana cara untuk membuat temujanji dengan kaunselor di JPM ?
  J:

Dengan cara membuat surat @ datang terus ke :

Sektor Psikologi Dan Kaunseling

Jabatan Pendidikan Melaka       

Tingkat. 2, kompleks Institusi Pendidikan Ayer Keroh,

Leboh Ayer Keroh,

75450 Melaka.

Selain itu boleh juga menghubungi kami ditalian 06-2323346
3. S: Apakah jenis-jenis permasalahan yang boleh dibincangkan?
  J: Jenis-jenis permasalahan yang boleh dibincangkan meliputi kategori masalah peribadi, kerjaya, keluarga, kesihatan, dan pembangunan diri.
4. S: Adakah sesi kaunseling yang dijalani tidak dihebahkan kepada orang lain ?
  J: Setiap perkara yang dikongsi dalam sesi kaunseling adalah terikat kepada etika kerahsiaan kecuali jika melibatkan perkara yang memudaratkan klien, orang lain dan pelanggaran undang-undang sedia ada.
5. S: Adakah sesi kaunseling di JPM dikenakan bayaran?
  J: Tidak, sesi kaunseling yang diadakan di JPM adalah secara percuma.
6. S: Apakah jenis-jenis ujian psikologi yang disediakan oleh Sektor Psikologi Dan Kaunseling, JPM?
  J:

Jenis-jenis ujian psikologi yang disediakan adalah seperti :-

  • TAJMA
7. S: Bagaimanakah cara untuk menjalani ujian psikologi?
  J: Anda perlu berhubung dengan pegawai di talian 06-2323304 @ 06-2324451 dan sekiranya dipersetujui bolehlah menghantar surat permohonan menjalani ujian psikologi dengan memberi cadangan tarikh, jenis ujian serta maklumat calon.
8. S: Siapakan yang boleh mendapatkah khidmat kaunseling di JPM?
  J: Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kumpulan Anggota Pelaksana (AKP), semua sekolah Negeri Melaka dan Jabatan Pendidikan Melaka.
9. S: Apakah kelayakan kaunselor di JPM?
  J: Lesen Kaunselor Berdaftar dan Perakuan Amalan (PA)
10. S: Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Sektor Psikologi Dan Kaunseling?
  J:

Perkhidmatan yang disediakan di Sektor Psikologi Dan Kaunseling adalah :-

  1. Perkhidmatan Kaunseling Individu
  2. Perkhidmatan Kaunseling Kelompok
  3. Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya
  4. Perkhidmatan Kaunseling keluarga

 

SEKTOR PENDIDIKAN KHAS DAN PENDIDIKAN SWASTA (UNIT PENDIDIKAN KHAS) (kemaskini 16 November 2016)

UNIT PENDIDIKAN KHAS

1.

S:

Apakah Peranan Unit Pendidikan Khas?

J:

Merancang dan mengurus Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta mengawal selia pelaksanaan pembangunan pendidikan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBK) di peringkat negeri dan kebangsaan. 

2.

S:

Apakah senarai Program Pendidikan Khas yang dikendalikan Unit Pendidikan Khas JPN Melaka?

J:

  1. Senarai Program Pendidikan Khas yang dikendalikan Unit Pendidikan Khas JPN Melaka ialah;
i) SK Pendidikan Khas Melaka
i) Program Pendidikan Khas Integrasi
iiii) Program Pendidikan Inklusif
v) Program Pemulihan Khas
v) Program "Buying Seats"

3.

S:

Apakah tujuan Program Pendidikan Khas diadakan?

J:

  • Semua Murid Bekeperluan Khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai.
  • Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran kearah meningkatkan kualiti hidup.
  • Semua MBK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan meraka dapat dioptimumkan.
  • Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada Negara.
  • MBK yang berpotensi sebaik mungkin ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas aliran perdana.

4.

S:

Apa yang dimaksudkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)?

J:

Suatu program pendidikan bagi Murid Bekeperluan Khas (MBK) di kelas khas di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang menyediakan program Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan, Masalah Pendengaran, Disleksia, Pra Sekolah Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas.

5.

S:

Apakah konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI)?

J:

PPI adalah suatu program pendidikan bagi Murid Bekeperluan Khas (MBK) yang dihadiri oleh MBK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di aliran perdana di sekoleh kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. 

6.

S:

Apakah matlamat Program Pendidikan Inklusif (PPI)?

J:

Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana.

PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.

7. S: Bagaimana pendekatan Program Pendidikan Inklusif (PPI)?
  J:
 
i) Inklusif Penuh - MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana.
 
MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.
 
ii) Inklusif Separa - MBK belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau koakademik mengikut keupayaan, potensi dan bakat mereka.
 
8. S:  Apa Fungsi Program Pemulihan Khas?
  J: Memastikan semua murid di sekolah rendah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif oleh guru yang khusus dan di ruang yang khusus
9. S: Jelaskan Program Buying Seats?
  J:
Memberi peluang kepada MBK untuk menimba ilmu kemahiran dan pengetahuan serta memperoleh pengalaman belajar di institusi swasta dan industri selaras dengan KPI Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional.
 
Peluang ini dapat mengisi ruang dan kemahiran yang tidak diperoleh di sekolah dan menamatkan persekolahan dengan kelayakan kemahiran

 

SEKTOR PENDIDIKAN KHAS DAN PENDIDIKAN SWASTA (UNIT PENDIDIKAN SWASTA) (kemaskini 16 November 2016)

1. S: Apakah yang dikategorikan sebagai Institusi Pendidikan Swasta?
J: Institusi Pendidikan Swasta seperti sekolah swasta, sekolah antarabangsa, tadika, pusat-pusat kemahiran termasuk pusat bahasa, pusat tuisyen, pusat latihan komputer, pusat kemahiran teknikal dan pusat perdagangan adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia. Operasi institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Walau bagaimanapun proses penubuhan dan pendaftaran, pengurusan dan operasi sesebuah IPS adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996.
2. S: Adakah institusi pendidikan swasta seperti sekolah swasta, pusat tuisyen dan tadika perlu didaftarkan sebelum beroperasi?
J: Semua jenis institusi pendidikan swasta (IPS) diwajibkan berdaftar mengikut seksyen 79 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Pendaftaran institusi pendidikan berkenaan hendaklah dibuat di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
3. S: Apakah jenis Institusi Pendidikan Swasta yang perlu berdaftar dengan KPM?
J: Jenis-jenis institusi pendidikan swasta yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah:
  1. Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian  Pendidikan Malaysia
  2. Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan penilaian yang dicadangkan
  3. Sekolah Rendah dan Menengah Agama swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan
  4. Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia
  5. Sekolah Ekspatriat
  6. Sekolah Antarabangsa
  7. Pusat tuisyen yang menyediakan bantuan pelajaran kepada para pelajar mengikut Kurikulum Kebangsaan
  8. Pusat bahasa, pusat latihan komputer, pusat kemahiran/perdagangan, sekolah gaya pos dan lain-lain
4. S: Adakah semua Institusi Pendidikan Swasta itu mesti berdaftar?
J: Di bawah seksyen 79 (1) Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah didaftarkan
5. S: Bagaimanakah cara hendak memohon pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta (IPS)?
J: Seseorang itu hendaklah mengisi borang Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta Bukan Bertaraf Sekolah
6. S: Apakah syarat-syarat umum permohonan penubuhan IPS?
J: Syarat-syarat bagi permohonan penubuhan IPS adalah seperti berikut:
  1. Mengemukakan borang permohonan penubuhan yang boleh didapati dari:
    1. Jabatan Pendidikan Negeri
    2. Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia
    3. Laman web 
  2. IPS hendaklah dimiliki oleh syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau organisasi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
  3. Syarikat/Organisasi hendaklah membuktikan keupayaan kewangan.
  4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan pada borang permohonan.
7. S: Bagaimanakah cara memilih tempat untuk menubuhkan IPS?
J: Untuk menubuhkan tadika, seseorang itu dimestikan memilih tempat kediaman namun sekiranya ada keperluan, maka boleh memilih tempat komersial. Manakala untuk pusat tuisyen, pusat komputer, pusat muzik, pusat bahasa, seseorang itu mesti memilih tempat komersial.
8. S: Apakah syarat-syarat pendaftaran sesebuah IPS?
J: Berikut adalah syarat wajib yang perlu dipenuhi sebelum sesebuah IPS dibenarkan pendaftarannya:
  1. Mengemukakan borang permohonan pendaftaran yang boleh didapati dari:
    1. Jabatan Pendidikan Negeri
    2. Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan
  2. Premis pendidikan yang hendak digunakan hendaklah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Kesihatan.
  3. Mengemukakan nama-nama pengelola, guru dan pekerja institusi pendidikan.
  4. Membayar fi pendaftaran seperti yang ditetapkan.
  5. Syarat-syarat lain yang ditetapkan seperti pada borang permohonan.
9. S: Apakah syarat lain yang diperlukan untuk memilih tempat IPS?
J: IPS tersebut perlu mempunyai 2 pintu berasingan. Ini adalah untuk memastikan ianya selamat digunakan. (Tertakluk juga kepada kelulusan 3 agensi)
10. S: Apakah kelayakan seseorang untuk menjadi guru besar / pengetua di tadika / IPS?
J: Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia, LULUS subjek Bahasa Melayu dan mempunyai minima 3 tahun pengalaman mengajar di bidang pendidikan.
11. S: Bilakah seseorang pengusaha IPS itu boleh menerima Sijil Perakuan Pendaftaran?
J: Mengikut seksyen 81(1) Sijil Sementara boleh dikeluarkan setelah penolong pendaftar selesai memeriksa premis yang akan dijadikan IPS dan berpuas hati bahawa ianya selamat digunakan dan tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar
12. S: Apakah tindakan pengusaha IPS sekiranya Perakuan Pendaftarannya tamat?
J: Sebulan sebelum Perakuan Pendaftaran itu tamat, pengusaha IPS perlu mengisi Borang Pembaharuan Perakuan Pendafataran dan menyertakan salinan asal Perakuan Pendaftaran IPS beliau. Bagi tadika, pengusaha tidak dikenakan bayaran tetapi bagi IPS lain, wang pos sebanyak RM50 perlu disertakan Alamatkan ia kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka.
13. S: Perlukah seseorang pengusaha itu melaporkan perpindahan premis dan apakah jenis borang yang perlu diisi?
J: Mengikut seksyen 83(1), Tiada suatu institusi pendidikan pun boleh menukar alamat premisnya atau membuat apa-apa perubahan pada premis itu tanpa mendapatkan kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu. Sekiranya telah berpindah, maka dengan sendirinya Sijil pendaftaran lama terbatal atau tidak laku digunakan untuk premis baru. Pengusaha perlu mengisi Borang Pindah Premis.
14. S: Bolehkah sesuatu IPS itu bertukar milik?
J: Boleh, dengan syarat ada perjanjian melalui peguam telah dibuat, berserta perjanjian jual beli, Pengusaha baru juga perlu mengisi Borang Tukar Pengurusan. Perakuan Pendaftaran asal perlu dikembalikan kepada JPN.
15. S: Sekiranya baru memohon penubuhan IPS, bolehkah seseorang itu mempromosikan institusi pendidikan beliau?
J: Mengikut seksyen 86(1) tiada seorang pun boleh mempromosi sesuatu institusi Pendidikan, sama ada melalui iklan, prospectus, risalah dan selainnya, melainkan jika IPS itu telah didaftarkan atau perakuan pendaftaran sementara telah dikeluarkan di bawah seksyen 81(1).

SEKTOR JAMINAN KUALITI (kemaskini 1 Julai 2016)

ISO

1.

S:

Apakah itu ISO?

J:

ISO merujuk kepada INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDISATION. Organisasi ini adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing. Ia ditubuhkan pada 27 Februari 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland. ISO 9000 kini digunakan dilebih 150 buah negara di dunia. Laman web ISO http://www/iso.ch/iso/en/ISOOnline.frontpage

2.

S:

Apakah maksud kualiti?

J:

Kualiti adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan atau yang tersirat. Antara contoh ciri-ciri kualiti bagi produk adalah mudah diperolehi, taman lama, bersih, selamat, boleh diuji, boleh dikesan dan mudah diangkut. Antara contoh ciri-ciri kualiti bagi perkhidmatan adalah ketepatan, keselesaan, kesopahan, kecekapan, keberkesanan, keboleh percayaan, jujur, cepat, responsif dan keselamatan.

3.

S:

Apakah perbezaan antara kualiti dan ISO?

J:

Kualiti ditafsirkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang hanya boleh dinilai oleh pelanggan. Kualiti boleh dicapai melalui kawalan kualiti (Quality Control) atau kepastian kualiti (Quality Assurance)

Kawalan Kualiti (Quality Control) adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi uang digunakan untuk memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kualiti.

Kepastian Kualiti (Quality Assurance) adalah tindakan-tindakan yang terancang dan tersusun yang perlu dilaksanakan bagi memberikan keyakinan yang mencukupi bahawa produk atau perkhidmatan akan memenuhi keperluan kualiti yang dinyatakan.

ISO 9000:2000 memberikan penekanan kepada perancangan, perlaksanaan dan pemantauan serta penilaian terhadap proses yang telah dilaksanakan.

4.

S:

Kenapa Pensijilan ISO perlu?

J:

i) Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ia berlaku;
ii) Kajian semula yang berterusan ke atas proses-proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan;
iii) Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama kali dan setiap kali;
iv) Perlaksanaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan; dan
v) Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan.

5.

S:

Apakah faedah Pensijikan ISO perlu?

J:

i) Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah kerana kakitangan dibekalkan dengan prosedur-prosedur dan arahan kerja yang lengkap;
ii) Membolehkan organisasi mengenal pasti tugas-tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah-langkah yang perlu di ambil;
iii) Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan pengurusan dan cara bekerja;
iv) Membolehkan kakitangan menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan seterusnya;
v) Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting hasil daripada audit dalaman, semakan pengurusan dan kawalan dokumen.

6.

S:

Apakah pekeliling yang berkaitan dengan pelaksanaan MS ISO 9000?

J:

i) Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 1996 iaitu Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam;
ii) Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 1997 iaitu Panduan Tambahan mengenai Pelaksanaan MS ISO 9000 dan Skim Pensijilan Sistem Kualiti oleh Agensi Kerajaan; dan
iii) Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2002 iaitu Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 dalam Perkhidmatan Awam
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)

1.

S:

Skor yang manakan yang perlu diambil kira jika pencerapan PdP guru dibuat lebih dari sekali berdasarkan SKPM Standard 4?

J:

Skor yang tertinggi yang perlu diambil kira.

2.

S:

Siapakan yang dikecualikan dalam pemberian skor SKPM Standard 4?

J:

Hanya Guru Bimbingan Sepenuh Masa bagi sekolah rendah dan Guru Kaunseling Sepenuh Masa bagi sekolah menengah yang tidak mengajar dikecualikan.
3.

S:

Adakah semua sekolah perlu melaksanakan PKS-SKPM?
 

J:

Semua sekolah perlu melaksanakan PKS-SKPM kecuali sekolah yang beroperasi kurang enam bulan dalam tahun semasa.
4.

S:

Bagaimanakah band sekolah ditentukan?
 

J:

Band sekolah ditentukan berdasarkan skor komposit yang dicapai oleh pihak sekolah iaitu berdasarkan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 70% dalam peperiksaan awam dan skor PKS-SKPM 30%.
5.

S:

Adakah Guru Kontrak dan Guru Sandaran Tidak Terlatih perlu diambil kira dalam Standard 4?
 

J:

Guru Kontrak dan Guru Sandaran Tidak Terlatih yang mengajar lebih 12 minggu perlu diambil kira.

 

end faq