|Soalan Lazim | Peta Laman | Maklumbalas | Direktori|

 Melayu | Inggeris | LOG MASUK |

Bayaran Balik Pinjaman KPM
Bayaran balik bayaran KPM melalui MEPS dan FPX
Sila Klik Untuk Ke Laman Web MASTIC
Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia
ePembelajaran Sektor Awam - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Kursus i-Think Dalam Talian - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Permohonan Untuk Mengisi Permohonan Untuk Mengisi Perjawatan Pegawai SI Partners+ Dan SISC+ Di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth 1BestariNet Di Sekolah-Sekolah 4G Di Seluruh Semenanjung, Sabah Dan W.P. Labuan KPM Oleh Syarikat YTL Communications Sdn Bhd
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

 cover

 

21 September 2016 - Alhamdulillah, perhimpunan rasmi Jabatan Pendidikan Melaka bagi bulan September 2016 telah diadakan pada hari ini di Dewan Bestari, Jabatan Pendidikan Melaka. Sektor Pengurusan Maklumat ICT telah diamanahkan untuk mengelola perhimpunan rasmi pada kali ini.

daftar1  daftar3

 daftar2  daftar4 

daftar5 daftar6

Bermula jam 8.00 pagi, ketibaan YBhg. Tuan Pengarah Pendidikan Melaka telah disambut oleh Barisan Ketua-Ketua Sektor, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN) Negeri Melaka yang diketuai oleh Ketua Sektor (KS) Pengurusan Maklumat ICT, Pn Siti Nuriah @ Zanariah Binti Omar selaku pengelola perhimpunan kali ini.

ikrar1 Doa1

 Doa2 Doa3

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik. Bacaan ikrar integriti dan perkhidmatan awam yang diketuai oleh Tuan Pengarah Pendidikan diikuti semua audien yang hadir seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Saufi bin Yusof, Penyelia Kanan SRA KAFA, SPI bagi memohon keberkatan Ilahi.

Seterusnya, Tuan Pengarah dan hadirin diperkenalkan dengan warga JPN Melaka yang baharu iaitu:
1.En Roslan Bin Osnee

   Dari SMK Nyalas ke PPD Jasin Sebagai Ketua Pembantu Tadbir

2. Pn Bismi Binti Mohmed Lop

    Dari SMK Datuk Bendahara ke PPD Jasin Sebagai Pembantu Tadbir (KEW)

3. Datin Mardiana Binti Muzaporkhan

    Dari SK Klebang Besar ke PPD Melaka Tengah Sebagai Penolong PPD

4. Ustaz Saufi Bin Yusof

    Dari SRA (JAIM) Pernu ke Sektor Pendidikan Islam Sebagai Penyelia Kanan SRA KAFA

5. En Mohamad Faizal Bin Mohamad Nasir

    Dari SMK Padang Temu ke PKG Ayer Molek

6. Cik Norehan Binti Mohd Nasir

    Dari SMK Simpang Bekoh ke PKG Masjid Baru

7. En Suher Bin Sulaiman

    Dari SK Felda Bukit Senggeh ke PKG Selandar

8. En Muhammad ‘Izzat Bin Muhammad Zulkifli

    Dari SK Monopod, Sabah ke PKG Batu Berendam

Penyampaian sijil dan piala pencapaian terbaik warga sekolah di peringkat kebangsaan pula di jalankan sebelum penyampaian cenderamata kepada warga JPN, PPD dan BTP yang lahir pada bulan September.

hadiah1 hadiah2

 hadiah5 hadiah3

 hadiah4 hadiah6

Agenda seterusnya adalah amanat dari Tuan Pengarah Pendidikan Melaka yang boleh dibaca di sini.

Berikut adalah album gambar sekitar perhimpunan rasmi JPN Melaka bagi bulan September.

hadiah7 hadiah8 

hadiah9 hadiah10 

hadiah11 hadiah12

hb1 hb2 

biasa1  biasa3

biasa3