|Soalan Lazim | Peta Laman | Maklumbalas | Direktori|

 Melayu | Inggeris | LOG MASUK |

Tarikh : 19/10/2017 03:06:34pm
 
Bayaran Balik Pinjaman KPM
Bayaran balik bayaran KPM melalui MEPS dan FPX
Sila Klik Untuk Ke Laman Web MASTIC
ePembelajaran Sektor Awam - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Kursus i-Think Dalam Talian - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Permohonan Untuk Mengisi Permohonan Untuk Mengisi Perjawatan Pegawai SI Partners+ Dan SISC+ Di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth 1BestariNet Di Sekolah-Sekolah 4G Di Seluruh Semenanjung, Sabah Dan W.P. Labuan KPM Oleh Syarikat YTL Communications Sdn Bhd
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut
Program Transformasi Sekolah 2025
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut
Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Sehingga 31 Mac 2017

CARIAN BERITA

Para pemenang Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah (ASISS) peringkat negeri Melaka
bergambar kenangan bersama Tuan Pengarah Pendidikan Melaka (Duduk - tengah)

 

2 September 2016 - Sempena menyambut ketibaan Bulan Zulhijjah, Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam (PDSI), SPI, JPN Melaka telah mengadakan Majlis Bicara Wahyu yang bertajuk "Berkorban Apa Sahaja".

Penceramah kali ini ialah Tuan Hj. Haris bin Mahat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIM.

Dalam ceramahnya, beliau menghuraikan konsep pengorbanan yang dituntut dalam Islam bagi memastikan semua Umat Islam sentiasa berusaha dan redha dengan setiap ujian Allah.

Dalam majlis ini juga, pengumuman dan penyampaian hadiah pertandingan kepada para pemenang Anugerah Surau dan Musolla Imarah Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Melaka 2016 telah diadakan.

Dalam ucapan perasmian YBhg. Tuan Hj. Abu Bakar bin Sahari, Pengarah Pendidikan Melaka, beliau menekankan tentang pentingnya para guru dan ibu bapa berkorban masa dan tenaga dalam mendidik anak-anak agar menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan tanpa meminggirkan kepentingan sahsiah.

"Saya juga amat berharap waktu Pendidikan Islam diletakkan pada waktu pertama dalam jadual waktu persekolahan untuk membolehkan murid-murid dibimbing agar mencintai al-Quran dan sentiasa menjaga solat. Saya cukup mengambil berat masalah gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini".

"Marilah kita bersama-sama tingkatkan usaha dan berganding bahu mencorakkan anak-anak didik kita supaya mereka akan menjadi insan terbaik sebagai pelapis pimpinan negara kita suatu hari kelak," ujarnya lagi.

Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah (ASISS) ini merupakan acara tahunan  Bahagian Pendidikan Islam. Dengan keputusan ini, maka semua sekolah yang telah menjadi johan bagi kategori masing-masing akan mewakili negeri Melaka ke pertandingan di peringkat kebangsaan kelak.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN:

KATEGORI SURAU (SEKOLAH RENDAH): 
TEMPAT KETIGA : SK BATANG MELAKA
NAIB JOHAN : SK MERLIMAU 1
JOHAN : SK JALAN DATUK PALEMBANG

KATEGORI MUSOLLA (SEKOLAH RENDAH): 
SAGUHATI : SK SERKAM DARAT
SAGUHATI : SRA JAIM MERLIMAU PASIR
SAGUHATI : SRA BATANG TIGA TIMUR
TEMPAT KETIGA : SRA JAIM TUN RAZAK
NAIB JOHAN : SK JERAM
JOHAN : SK TENGKERA 2

KATEGORI SURAU (SEKOLAH MENENGAH) :
SAGUHATI : SMK SERI BEMBAN
SAGUHATI : SMK BUKIT KATIL
TEMPAT KETIGA : SMK DATO HAJI TALIB KARIM
NAIB JOHAN : SMK MUNSYI ABDULLAH
JOHAN : SMKA TUN PERAK

KATEGORI MUSOLLA (SEKOLAH MENENGAH) : 
JOHAN : SMK PERNU