|Soalan Lazim | Peta Laman | Maklumbalas | Direktori|

 Melayu | Inggeris | LOG MASUK |

Tarikh : 24/09/2017 02:55:43pm
 
Bayaran Balik Pinjaman KPM
Bayaran balik bayaran KPM melalui MEPS dan FPX
Sila Klik Untuk Ke Laman Web MASTIC
ePembelajaran Sektor Awam - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Kursus i-Think Dalam Talian - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Permohonan Untuk Mengisi Permohonan Untuk Mengisi Perjawatan Pegawai SI Partners+ Dan SISC+ Di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth 1BestariNet Di Sekolah-Sekolah 4G Di Seluruh Semenanjung, Sabah Dan W.P. Labuan KPM Oleh Syarikat YTL Communications Sdn Bhd
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut
Program Transformasi Sekolah 2025
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut
Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Sehingga 31 Mac 2017

CARIAN BERITA

Tuan Pengarah dan semua hadirin bergambar bersama sebaik sahaja tamat Majlis Pelancaran Program.


15 Julai 2016 - "Marilah bersama kita jadikan amalan membaca al-Quran ini sebagai satu budaya dalam kehidupan kita. Saya mencadangkan agar bacaan Surah Al-Kahfi dilaksanakan pada hari Jumaat adalah bagi menyahut saranan Rasulullah dan para ulamak yang amat menggalakkan kita membacanya. Diharapkan amalan ini akan dapat membantu kita mendepani pelbagai masalah dan cabaran masakini khususnya daripada fitnah Dajjal,".

Inilah antara intipati ucapan Yang Berbahagia Tuan Hj. Abu Bakar bin Sahari, Pengarah Pendidikan Melaka semasa melancarkan Program Pembudayaan Bacaan Al-Quran (Surah Al-kahfi) sekolah-sekolah negeri Melaka pada pagi ini.

Program ini telah dilaksanakan secara serentak di semua sekolah rendah dan menengah negeri Melaka.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Pengarah Pendidikan Melaka di Surau SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka seawal jam 7.30 pagi dengan disertai Pengetua, Guru Besar SMKA dan SABK Negeri Melaka serta semua warga SMKA Sultan Muhammad.

Hadir sama mengimarahkan majlis adalah Hj. Mohd. Rashid bin Mohd Sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka; Hj. Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Ketua Sektor Pendidikan Islam; En. Abdul Halim bin Abdul Malek, Pegawai PPD Melaka Tengah dan juga para pegawai SPI, JPN Melaka.

[ ALBUM GAMBAR ]
(Google Photo) (FB SPI)