|Soalan Lazim | Peta Laman | Maklumbalas | Direktori|

 Melayu | Inggeris | LOG MASUK |

Tarikh : 21/08/2017 06:21:49pm
 
Bayaran Balik Pinjaman KPM
Bayaran balik bayaran KPM melalui MEPS dan FPX
Sila Klik Untuk Ke Laman Web MASTIC
ePembelajaran Sektor Awam - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Kursus i-Think Dalam Talian - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Permohonan Untuk Mengisi Permohonan Untuk Mengisi Perjawatan Pegawai SI Partners+ Dan SISC+ Di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth 1BestariNet Di Sekolah-Sekolah 4G Di Seluruh Semenanjung, Sabah Dan W.P. Labuan KPM Oleh Syarikat YTL Communications Sdn Bhd
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut
Program Transformasi Sekolah 2025
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut
Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Sehingga 31 Mac 2017

CARIAN BERITA

 

 A1

24 Jun 2016 - SMA (JAIM) Al-Ahmadi Sungai Udang mencatatkan sejarah tersendiri pada tahun ini apabila telah terpilih untuk mengelolakan Majlis Iftar Jamaie Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sempena Program Ihya Ramadan 1437H.

Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato' Sri Hj. Khairil bin Hj. Awang, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) KPM sebagai tetamu utama.

Dalam ucapannya, YBhg. Dato' Sri Hj. Khairil bin Hj. Awang menasihatkan para pelajar agar sentiasa berusaha dan membanyakkan membaca bahan-bahan ilmiah kerana dengan cara ini akan menjadikan mereka pelajar yang berpengetahuan luas dan berjaya.

"Sebagai pelajar di sekolah aliran agama, saya yakin pengetahuan agama anak-anak lebih baik dan tinggi dalam bidang ini.Namun untuk lebih cemerlang pada masa depan, para pelajar hendaklah menguasai ilmu teknologi sebagai satu persiapan dalam berhadapan dengan tuntutan semasa dan hambatan masa kini. Dunia sekarang adalah dunia persaingan dan kita tidak boleh berfokus hanya kepada cabang kemahiran tertentu sahaja kerana kita perlu lahirkn lebih ramai intelek yg quranik dan saintifik."

"Biarlah kita jadi pakar dalam pelbagai ilmu dan kemahiran namun agama tetap kita junjung dan utamakan", ujarnya lagi.

Hadir sama dalam majlis ini adalah YBhg. Ustaz Wan Ramdzan bin Wan Mamat, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), KPM, Puan Hjh. Kamariah bt. Isa, Timbalan Pengarah, Bahagian Dakwah dan Syiar Islam, BPI, KPM, Puan Farhana bt. Abd. Rashid, Ketua Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam, BPI, KPM.

Turut hadir memeriahkan majlis, Tn. Hj. Abu Bakar bin Sahari, Pengarah Pendidikan Melaka, Tn. Hj. Mohd. Rashid bin Mohd. Sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka, Hj. Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka, Pn. Noriah bt. Haron, Pengetua SMA (JAIM) Al-Ahmadi, Ketua-ketua Sektor JPN Melaka, para Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah dan Pengetua SMKA & SABK negeri Melaka serta seluruh warga sekolah dan komuniti SMA (JAIM) Al-Ahmadi.

Majlis telah diserikan dengan pelbagai acara dan antara yang menarik adalah penyampaian tazkirah sebelum berbuka oleh adik Mohd Rasfan Azraf bin Asri, Ketua Murid SMA (JAIM) Al-Ahmadi. Penerangannya yang tenang, bersahaja dan penuh dengan isi dan pengajaran telah berjaya mencuri perhatian para audien.

Selepas berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan juga Terawih telah diadakan di Dataran Sekolah. Perisapan rapi warga sekolah harus dipuji kerana telah berjaya menjadikan program ini berjalan dalam suasana yang meriah, penuh penghayatan dan lancar.

B1 B2

B3 B4

C1