|Soalan Lazim | Peta Laman | Maklumbalas | Direktori|

 Melayu | Inggeris | LOG MASUK |

Bayaran Balik Pinjaman KPM
Bayaran balik bayaran KPM melalui MEPS dan FPX
Sila Klik Untuk Ke Laman Web MASTIC
Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia
ePembelajaran Sektor Awam - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Kursus i-Think Dalam Talian - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Permohonan Untuk Mengisi Permohonan Untuk Mengisi Perjawatan Pegawai SI Partners+ Dan SISC+ Di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth 1BestariNet Di Sekolah-Sekolah 4G Di Seluruh Semenanjung, Sabah Dan W.P. Labuan KPM Oleh Syarikat YTL Communications Sdn Bhd
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut
Picture2

Hari Bertemu Pelanggan Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka diadakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah diadakan pada 28 April 2016 di SM Teknik Bukit Piatu bertujuan memperluaskan mekanisme penyebaran dan penyampaian kemudahan perkhidmatan kepada warga pendidik dan pentadbiran di sekolah tentang fungsi Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (SKPP) yang terdiri daripada 11 unit sokongan yang membantu melancarkan urusan pentadbiran Jabatan merangkumi Unit Pembangunan, Unit Perolehan dan Pengurusan Aset, Unit Kewangan, Unit Akaun, Unit Pentadbiran Am, Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Unit HRMIS, Unit Naik Pangkat, Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Unit Penilaian dan Kompetensi dan Unit Tatatertib dan Keutuhan. 

Rasional Program ini diadakan adalah untuk memberi informasi, pemahaman dan bantuan sokongan kepada pentadbir dan pendidik di sekolah berkaitan dengan hal-hal sumber manusia (HRMIS), perkhidmatan, kompetensi, tatatertib, latihan dan naik pangkat), pentadbiran, kewangan dan akaun. 

Pelaksanaan program di Daerah Melaka Tengah berjaya mencapai kehadiran seramai 839 orang peserta yang terdiri daripada  warga Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan warga Pejabat Pendidikan Daerah amnya serta warga pendidik dan pentadbiran di sekolah. Dibawah adalah gambar sekitar program tersebut.
Picture1 Picture6 Picture7
Picture3 Picture4 Picture5