|Soalan Lazim | Peta Laman | Maklumbalas | Direktori|

 Melayu | Inggeris | LOG MASUK |

Tarikh : 18/08/2017 07:15:33am
 
Bayaran Balik Pinjaman KPM
Bayaran balik bayaran KPM melalui MEPS dan FPX
Sila Klik Untuk Ke Laman Web MASTIC
ePembelajaran Sektor Awam - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Kursus i-Think Dalam Talian - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Permohonan Untuk Mengisi Permohonan Untuk Mengisi Perjawatan Pegawai SI Partners+ Dan SISC+ Di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth 1BestariNet Di Sekolah-Sekolah 4G Di Seluruh Semenanjung, Sabah Dan W.P. Labuan KPM Oleh Syarikat YTL Communications Sdn Bhd
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut
Program Transformasi Sekolah 2025
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut
Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Sehingga 31 Mac 2017

CARIAN BERITA

 Cikgu Hj. Adam bin Md. Dali, Guru Besar SK Dato' Demang Hussin sedang menyumbang
untuk Tabung Infak Ramadan Jabatan Pendidikan Melaka.

 

17 Jun 2016 - Ramadan Kareem dan Ramadan Al-Mubarak ialah ungkapan yang selalu kita dengar setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.

Bagi mengimarahkan Ramadan pada tahun ini, Sektor Pendidikan Islam telah mengatur pelbagai aktiviti yang melibatkan warga JPN Melaka. Antaranya ialah ceramah penghayatan Ramadan.

Pagi ini, sesi ceramah telah menampilkan Al-Fadil Ustaz Hj. Dahlan bin Suramin Al-Hafiz, Guru Pendidikan Islam, SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam. Beliau telah berkongsi ilmu tentang keistimewaan amalan sepanjang Ramadan yang mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan.

Antara intipati ceramah beliau adalah dengan banyakkan berdoa dan beramal dari awal hingga berakhirnya Ramadan. "Berdoalah setiap hari khususnya menjelang berbuka kerana pada waktu itu adalah antara masa mustajab berdoa. Mintalah agar Allah memberi kita peluang untuk berjumpa dan beramal pada malam Lailatur Qadr", ujarnya.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah dihadiri lebih daripada 300 warga Jabatan Pendidikan Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga pentadbir sekolah Daerah Melaka Tengah. Majlis ini telah diadakan di Dewan Bestari, Jabatan Pendidikan Melaka Cawangan Bukit Baru.

Warga JPN Melaka juga bertadarrus pada waktu rehat hingga Zohor pada setiap hari Isnin hingga Khamis di musolla dan surau di premis masing-masing manakala kutipan Infak Ramadan pula dijalankan secara berkala. Setakat ini jumlah terkumpul adalah sebanyak RM1,769.00. RM1124.00 dikumpulkan pada hari pelancaran Program Ihya Ramadan oleh YBhg. Tuan Hj. Abu Bakar bin Sahari, Pengarah Pendidikan Melaka dan RM645.00 semasa sesi ceramah pagi ini.

Program yang dilaksanakan ini bertujuan agar Ramadan yang sedang kita lewati ini menjadi Ramadan terbaik dalam sejarah hidup kita selama ini.

Salam Ramadan Kareem.

Ustaz Khairul Anuar bin Yaakop (kanan) sedang menyampaikan
cenderamata kepada Ustaz Hj. Dahlan bin Suramin.

[ ALBUM GAMBAR ]