|Soalan Lazim | Peta Laman | Maklumbalas | Direktori|

 Melayu | Inggeris | LOG MASUK |

Tarikh : 26/07/2017 02:28:25am
 
Bayaran Balik Pinjaman KPM
Bayaran balik bayaran KPM melalui MEPS dan FPX
Sila Klik Untuk Ke Laman Web MASTIC
Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia
ePembelajaran Sektor Awam - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Kursus i-Think Dalam Talian - Klik Untuk Keterangan Lanjut
Permohonan Untuk Mengisi Permohonan Untuk Mengisi Perjawatan Pegawai SI Partners+ Dan SISC+ Di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth 1BestariNet Di Sekolah-Sekolah 4G Di Seluruh Semenanjung, Sabah Dan W.P. Labuan KPM Oleh Syarikat YTL Communications Sdn Bhd
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

9 Jun 2016 - Alhamdulillah, perhimpunan rasmi Jabatan Pendidikan Melaka bagi bulan Jun 2016 telah selamat dilangsungkan pada hari ini di Dewan Bestari, Jabatan Pendidikan Melaka. Hos perhimpunan kali ini adalah Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka.

Bermula jam 8.00 pagi, ketibaan YBhg. Tuan Pengarah Pendidikan Melaka telah disambut oleh Barisan Ketua-Ketua Sektor, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN) Negeri Melaka yang diketuai oleh Timbalan Ketua Sektor (KS) Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Che Mat bin Che Leh selaku pengelola perhimpunan kali ini.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik. Bacaan ikrar integriti dan perkhidmatan awam telah diketuai oleh Tuan Pengarah sendiri diikuti semua audien yang hadir seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Abdul Razak bin Aman, PP j-QAF, SPI bagi memohon keberkatan Ilahi.

Tuan Pengarah dan hadirin diperkenalkan dengan warga JPN Melaka yang baharu iaitu:
1] En. Mohd Fahmi b. Ayob dari JPN Wilayah Persekutuan, K.L ke Unit Pentadbiran JPNM sebagai Pembantu Tadbir;
2] En. Mohd Saofie b. Bachok dari SMK Katholik ke Unit Pusat Kokurikulum Lanchang Melaka sebagai Penolong Ketua Jurulatih; dan
3] Pn. Rosliza bt. Basar dari PPD Kuala Muda/ Yan ke PPD Melaka Tengah sebagai Pegawai SISC+.

Penyampaian sijil dan piala pencapaian terbaik warga sekolah di peringkat kebangsaan pula di jalankan sebelum penyampaian cenderamata kepada warga JPN, PPD dan BTP yang lahir pada bulan Jun.

YBhg. Tuan Pengarah seterusnya telah menyampaikan amanatnya tentang pentingnya warga JPN Melaka mengamalkan sikap berintegriti serta menjadikan agama sebagai pegangan utama yang utuh dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Beliau amat berharap kes-kes salah laku termasuklah dalam kategori gangguan seksual dapat dielakkan sama sekali dalam usaha kita memartabatkan organisasi kita ke tahap yang terbaik lagi disegani oleh masyarakat.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan merasmikan pelancaran Sambutan Ehya Ramadan dan juga tabung Infak peringkat Jabatan Pendidikan Melaka 2016. 
Kutipan sumbangan infak yang telah berjaya dikumpulkan pada hari ini berjumlah RM1124.00 (RM: Satu Ribu Satu Ratus Dua Puluh Empat sahaja).

Salam Ramadan Kareem 1437H.

Album gambar sekitar perhimpunan rasmi JPN Melaka di sini