Jumaat, November 22, 2019

Timbalan Pengarah Pendidikan
Ketua Penolong Pengarah Kanan

Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Melaka

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah (dibawah KPM)

Negeri Melaka

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan kenaikan pangkat Secara Time-BasedBerasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)Urusan Cicir Tahun 2017 Hingga 2019.

Sehubungan dengan itu, segala maklumat terperinci berkenaan permohonan boleh dicapai di laman sesawang sistem e-Pangkat. Surat Siaran disini.

Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada Unit Pengurusan Bakat, Sektor Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka di talian 06- 232 5487/5404.

Sekian  dan terima Kasih.

Tuah bin Ariffin
Unit Pengurusan Bakat
Sektor Sumber Manusia
JPN Melaka
21 Oktober 2919
  HUBUNGI KAMI
  JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
  Jalan Istana, Bukit Beruang
  75450 Melaka
  T 06-232 3776 / 3777 / 3778 / 3779   F 06-232 0500
  E jpnmelaka[at]moe.gov.my

Pelawat Hari Ini : 74 Jumlah Keseluruhan : 107017