Ahad, Julai 21, 2019

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera


Semua Guru Interim Bahasa Inggeris Gred DC41 Negeri Melaka

Tuan,


Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Guru Interim Bahasa Inggeris Di Sekolah Menengah / Rendah Negeri Melaka Tahun 2019 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

                                 Tarikh          : 22 April 2019 (Isnin)

                                 Masa           : 8.30 pagi – 1.00 petang

                              Tempat          : Bilik Mesyuarat Kesidang, Jabatan Pendidikan Melaka, Jalan Istana, 75450 Bukit Beruang, Melaka.

                              Pakaian         : Rasmi

Sehubungan dengan itu, tuan dimohon membawa bersama laporan pemeriksaan kesihatan daripada pegawai perubatan hospital kerajaan atau hospital swasta dan diserahkan kepada urusetia semasa pendaftaran. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn Hjh Zety Aida Binti Zainuddin (Sekolah Menengah) ditalian 06-2325060 atau En Mohd Raffi Bin Abu Bakar (Sekolah Rendah) ditalian 06-2325059. Kerjasama tuan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

 Sekian.

  HUBUNGI KAMI
  JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
  Jalan Istana, Bukit Beruang
  75450 Melaka
  T 06-232 3776 / 3777 / 3778 / 3779   F 06-232 0500
  E jpnmelaka[at]moe.gov.my

Pelawat Hari Ini : 96 Jumlah Keseluruhan : 70396