Rabu, Mei 22, 2019

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah
Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah
Pegawai Pendidikan Daerah Jasin
Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Negeri Melaka

Tuan,

 

Sebagai makluman pihak tuan, Unit Pembangunan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah membuat Sistem Aplikasi Online e-Selenggara bagi tujuan permohonan penyelenggaraan dan naiktaraf untuk sekolah-sekolah seluruh Negeri Melaka yang akan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2019.

 

Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah diwajibkan menggunakan Sistem Aplikasi Online e-Selenggara bagi tujuan tersebut. Sistem online ini boleh dimuat naik di portal JPNMelaka : http//jpnmelaka.moe.gov.my/eprojek/eselenggara dan log masuk bagi setiap sekolah adalah kod sekolah masing-masing dan kata laluan bagi setiap sekolah adalah 4 nombor kod sekolah yang terakhir. 

 

Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh menghubungi En. Herman bin Sujangi, Unit Pembangunan ditalian 06-2323532. Kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

  HUBUNGI KAMI
  JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
  Jalan Istana, Bukit Beruang
  75450 Melaka
  T 06-232 3776 / 3777 / 3778 / 3779   F 06-232 0500
  E jpnmelaka[at]moe.gov.my

Pelawat Hari Ini : 285 Jumlah Keseluruhan : 56758