PENGUMUMAN

PENGUMPULAN MAKLUMAT BAKI WANG DI BANK, UNJURAN TERIMAAN DAN UNJURAN PERBELANJAAN

 
Gambar CIK NURAZIMAH BINTI MOHD SALLEH
PENGUMPULAN MAKLUMAT BAKI WANG DI BANK, UNJURAN TERIMAAN DAN UNJURAN PERBELANJAAN
by CIK NURAZIMAH BINTI MOHD SALLEH - Isnin, 8 Oktober 2018, 12:46
 
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera,

Semua Sekolah Daerah Alor Gajah

 Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas. 


 2. Merujuk surat KPM no ruj: KPM.100-1/2/3 jld.4 (38) bertarikh 26 September 2018. Pihak PPD diminta untuk mengumpulkan maklumat baki akaun bank berakhir 31 Ogos 2018, Unjuran terimaan, dan unjuran perbelanjaan bagi setiap kumpulan wang sekolah.


 Sehubungan dengan itu, sukacita dipohon kerjasama pihak sekolah untuk mengemukakan maklumat berkaitan pada atau sebelum 11 Oktober 2018 mengikut format yang telah dilampirkan.


 3. Pengumpulan data ini adalah penting bagi tujuan; 

 i) Penyediaan Penyata Akaun Kumpulan Wang Sekolah yang Disatukan; dan 

ii) Memastikan segala maklumat yang akan dipindahkan ke sistem baru yang bakal dilaksanakan mulai tahun 2019 adalah tepat. 


 4. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan berhubung perkara ini amat dihargai. 


 Sekian, terima kasih