PENGUMUMAN

TUNTUTAN BAYARAN BALIK KASUT BAGI PEMBANTU MAKMAL, PEMANDU, PEMBANTU AWAM DAN PEMBANTU OPERASI

 
Gambar CIK NURAZIMAH BINTI MOHD SALLEH
TUNTUTAN BAYARAN BALIK KASUT BAGI PEMBANTU MAKMAL, PEMANDU, PEMBANTU AWAM DAN PEMBANTU OPERASI
by CIK NURAZIMAH BINTI MOHD SALLEH - Rabu, 16 Mei 2018, 1:19
 

Pengetua/Guru Besar
Sekolah  Daerah Alor Gajah


Merujuk perkara diatas.


1.   Beserta dengan ini dilampirkan Borang bagi tujuan tuntutan bayaran balik kasut. Tarikh akhir penghantaran tuntutan ke Unit Kewangan PPD Alor Gajah ialah pada 31 MEI 2018.


2.      Tuntutan yang layak dibuat adalah bagi 2 pasang kasut. Kadar bagi 1 pasang kasut ialah RM150.00


3.    Selain itu, pihak sekolah diingatkan untuk memaklumkan kepada penuntut, bahawa hendaklah  segala tuntutan tidak melanggar seksyen 18 Akta SPRM (MENGEMUKAKAN TUNTUTAN PALSU).


KESALAHAN DENGAN MAKSUD UNTUK MEMPERDAYAKAN PRINSIPAL OLEH EJEN.

18. Seseorang melakukan kesalahan, jika dia memberi sesorang ejen, atau sebagai seorang ejen dia menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengannya prinsipal itu mempunyai kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tenteang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya.


4.       Sila sertakan tuntutan bersama dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang telah disenaraikan pada borang tuntutan.

sekian Terima Kasih.