PENGUMUMAN

PERUBAHAN GAJI 2018 – MODUL HCM

 
Gambar CIK NURAZIMAH BINTI MOHD SALLEH
PERUBAHAN GAJI 2018 – MODUL HCM
by CIK NURAZIMAH BINTI MOHD SALLEH - Khamis, 4 Januari 2018, 4:22
 

Pengetua/ Guru Besar

Sekolah daerah Alor Gajah 

seperti dilampiran


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Merujuk perkara diatas.

Sehubungan dengan itu, seperti yang sekolah sedia maklum bermula 2018 segala perubahan gaji akan dilaksanakan oleh pihak sekolah di PPD AG didalam Modul HCM 1GFMAS.

Pihak sekolah akan mengunci masuk segala perubahan di Unit Kewangan PPD Alor Gajah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Perubahan akan di buat pada Februari bagi tindakan perubahan pada bulan Mac. Jadual Gaji akan dimuat naik dalam minggu hadapan.

Selain daripada itu, penggunaan SG20 adalah menggunakan borang yang baru. Borang SG20 ini perlu diprint oleh pihak sekolah terlebih dahulu, memandangkan borang SG20 ini masih dalam peringkat cetakan bagi tujuan penjualan.

Proses kunci masuk perubahan gaji didalam modul HCM tidak akan ada sebarang taklimat. Segala proses pembelajaran modul HCM ini akan dijalankan secara Hands On sewaktu sekolah melaksanakan perubahan di PPD AG.  Oleh yang demikian, pihak sekolah boleh melihat dan memahamkan prosedur dan cara perlaksanaan Modul HCM ini terlebih dahulu melalui Manual yang diberikan dan epiLearns bagi memudahkan proses pemahaman dan pengajaran sewaktu perubahan dilaksanakan.

Klik untuk muat turun : Pautan Manual dan epiLearns


* PEROSES PERUBAHAN GAJI DI PPD TIDAK MELIBATKAN SEKOLAH BERSTATUS PTJ DAN SABK. TETAPI PIHAK SEKOLAH BOLEH MENGGUNAKAN MANUAL INI BAGI TUJUAN RUJUKAN.

(Edited by EN. MAT ZA - original submission Thursday, 4 January 2018, 4:12 PM)

(Edited by EN. MAT ZA - original submission Thursday, 4 January 2018, 4:21 PM)