PENGUMUMAN

MAKLUMAT PENGGUNA MODUL HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM) BAGI PUSAT KOS KPM

 
Gambar CIK NURAZIMAH BINTI MOHD SALLEH
MAKLUMAT PENGGUNA MODUL HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM) BAGI PUSAT KOS KPM
by CIK NURAZIMAH BINTI MOHD SALLEH - Isnin, 4 Disember 2017, 3:43
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

 

2.         Untuk makluman tuan / puan, selaras dengan pelaksanaan Modul Human Capital Management (HCM) sistem 1GFMAS yang akan berkuatkuasa mulai Januari 2018, Bahagian Akaun (BA) KPM telah menggariskan prosedur pelaksanaan Modul HCM sistem 1GFMAS yang melibatkan peranan/ tanggungjawab PTJ dan Pusat Kos seperti di Lampirankan untuk rujukan.

 

3.         Sehubungan dengan itu, setiap Pusat Kos diberi dua(2) akses bagi membolehkan proses kunci masuk maklumat SG20 dilaksanakan oleh Pusat Kos.

 

4.         Oleh yang demikian, semua sekolah yang berstatus bukan PTJ perlulah mengisi maklumat yang diperlukan didalam Google Form seperti Link dibawah. Maklumat perlu diisi selewat – lewatnya 8 DISEMBER 2017 JAM 5.00 PTG.

 

LINK UNTUK MENGISI MAKLUMAT: https://goo.gl/forms/o9BJy0jUJyOaLbZm1

 

5.         Kerjasama yang tinggi daripada pihak sekolah amatlah diharapkan, ini kerana data ini perlu dikemukakan ke Bahagian Akaun, KPM bagi tujuan pelaksanaan Modul HCM 2018.

 

Sekian, terima kasih