PENGUMUMAN

PEMATUHAN TARIKH BAGI PENGHANTARAN TUNTUTUTAN KE UNIT KEWANGAN PPD BAGI PENUTUPAN AKAUN AKHIR TAHUN 2017

 
Gambar CIK NURAZIMAH BINTI MOHD SALLEH
PEMATUHAN TARIKH BAGI PENGHANTARAN TUNTUTUTAN KE UNIT KEWANGAN PPD BAGI PENUTUPAN AKAUN AKHIR TAHUN 2017
by CIK NURAZIMAH BINTI MOHD SALLEH - Khamis, 23 November 2017, 3:07
 

Pengetua/Guru Besar

Sekolah Daerah Alor Gajah.


Merujuk perkara diatas.


Sukacitanya dimaklumkan, penutupan akaun akhir tahun kerajaan adalah pada 1 Disember 2017 bagi AG Negeri Melaka seperti yang telah dimuktamadkan semalam dalam taklimat penutupan.


Oleh yang demikian, Pihak PPD memohon kerjasama semua sekolah untuk mengemukakan dokumen tuntutan seperti tarikh yang telah ditetapkan dibawah. 


BIL.

PERKARA

TARIKH AKHIR KEWANGAN

 

1.

Tuntutan Gaji/Upah Pekerja Kontrak

a)     PT/FT NBOS

 

30 November 2017 (Khamis-PAGI)

2.

Tuntutan Gaji/Upah Pekerja Kontrak

a)     Guru Ganti

24 November 2017 (Jumaat -PETANG)

3.

Tuntutan Elaun Bahasa (POL)

24 November 2017 (Jumaat-PETANG)

4.

Tuntutan Gaji Guru/AKP keluar payroll NOVEMBER

30 November 2017 (Khamis-PAGI)

5.

Tuntutan Gaji Guru Bersara DISEMBER

SELEWAT-LEWATNYA  27 NOVEMBER 2017

6.

Tuntutan Gaji Guru/AKP keluar payroll DISEMBER

SELEWAT-LEWATNYA  27 NOVEMBER 2017

7.

TUNTUTAN GAJI GURU BARU DISEMBER (YANG TIDAK SEMPAT MASUK SISTEM PAYROLL)

SELEWAT-LEWATNYA  27 NOVEMBER 2017


Kegagalan pihak sekolah mengemukakan dokumen pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan pembayaran mungkin tidak dapat dibuat pada tahun ini dan akan menyebabkan kepada permohonan AP58(A) yang memerlukan kelulusan khas dari MOF pada tahun 2018.  


Pihak PPD mengharapkan kerjasama yang tinggi daripada pihak sekolah dalam mematuhi arahan ini. Segala kelewatan dan kegagalan pembayaran adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah sekiranya tarikh diatas tidak dipatuhi.


Sekian Terima Kasih