12:04pm
rssdirectorywebmailfaq

Pengesahan Kursus Pembangunan Kompetensi Guru Mengikut Gred KPM Tahun 2014 Secara Atas Talian

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Tuan,

Dimaklumkan bahawa merujuk kepada surat siaran KP(BPG) 9131/600/29 Jld.5 (3) bertarikh 27 Februari 2014 bahawa Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru (IPG) akan mengadakan Kursus Pembangunan Kompetensi bagi Gred DG41 dan DG 44.

Permohonan Kursus Kompetensi tersebut akan ditutup pada 28 Februari 2014. Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan peserta/guru-guru berkenaan menghadiri kursus tersebut, Pengetua dan Guru Besar dipohon membuat pengesahan permohonan tersebut secara atas talian http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgAdmin bermula 1 Mac hingga 8 Mac 2014. Kriteria pemilihan bagi tujuan pengesahan adalah seperti Lampiran A.

Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh berhubung dengan Encik Azeran bin Osman, Unit Latihan dan Kemajuan Staf ditalian 06-2327179/06-2325503 atau emel; Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. .

Keterangan lanjut boleh dimuat turun/klik dibawah : -


Sekian, terima kasih.