Mengenai eP-MABLS

1 Apa itu eP-MABLS?

eP-MABLS ialah singkatan bagi e-Pembelajaran Melaka Autonomous Blended Learning System atau secara mudahnya e-Pembelajaran Ayuh BeLajar Sendiri.

eP-MABLS merupakan satu platform pembelajaran persekitaran maya bagi warga Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman melalui pembelajaran yang bercirikan Bestari iaitu pembelajaran yang terarah kendiri, kadar kendiri, capaian kendiri dan penilaian kendiri. Akronim SeDAAP ialah singkatan bagi Self Directed, Self Access, Self Assess & Self Pace.