Print book

Mengenai eP-MABLS

Site: eP-MABLS
Course: eP-MABLS
Book: Mengenai eP-MABLS
Printed by:
Date: Sunday, 25 August 2019, 8:28 PM

1 Apa itu eP-MABLS?

eP-MABLS ialah singkatan bagi e-Pembelajaran Melaka Autonomous Blended Learning System atau secara mudahnya e-Pembelajaran Ayuh BeLajar Sendiri.

eP-MABLS merupakan satu platform pembelajaran persekitaran maya bagi warga Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman melalui pembelajaran yang bercirikan Bestari iaitu pembelajaran yang terarah kendiri, kadar kendiri, capaian kendiri dan penilaian kendiri. Akronim SeDAAP ialah singkatan bagi Self Directed, Self Access, Self Assess & Self Pace.

2 Tujuan & Latarbelakang

  • Bersesuaian dengan prinsip Pembangunan Profesional Berterusan (CDP)
  • Dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai warga pendidik secara berterusan
  • Selaras dengan Dasar dan Objektif Latihan Pembangunan Sumber Manusia Sektor Awam (SPP bil.6/2005) dan DLSM KPM Bil.4/2016
  • Dapat membimbing Pentadbir Sekolah, anggota kumpulan pelaksana (AKP) untuk meningkatkan kualiti Pengurusan dan Pentadbir (P&T) dan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah.
  • Telah diperkenalkan pada 6 November 2015 di Dewan Bestari oleh Pengarah Pendidikan Melaka Tn.Hj .Abu Bakar Sahari
  • Mesyuarat JPICT KPM pada 14 April 2016 yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dr.KSU telah meluluskan Persekitaran Pembelajaran Maya

3 Ciri-ciri eP-MABLS

  • Selaras dengan Perancangan Strategik ICT Sektor Awam Malaysia 2011-2015
  • Menyokong inisiatif Perisian Sumber Terbuka (OSS) Kerajaan
  • Tiada pertindanan dengan E-Pembelajaran Sektor Awam ( EPSA )
  • Sijil secara digital dan perekodan latihan melalui SPL KPM
  • Mempunyai Akujanji ( Integriti )
  • Mengoptimumkan Peruntukan Kerajaan (OPK) Pekeliling Kewangan Bil.1/2015 dan APP 2015
  • Melindungi Masa Instruksional (MMI)
  • Mempunyai Penilaian Kendiri
  • Mesra pengguna, boleh menggunakan telefon pintar, tablet, komputer peribadi, komputer riba
  • Bebas mengaksesnya dari segi tempat dan masa
  • Interaksi dua hala

4 Keistimewaan Untuk Pengguna

  • Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana selaku warga pendidikan Negeri Melaka telah didaftarkan sebagai pengguna eP-MABLS
  • Peserta kursus akan menjana secara kendiri bagi kursus yang hendak diikuti
  • Konsep menggunakan Enrollment Key iaitu “ jpnmelaka” untuk mengikuti sebarang kursus dalam eP-MABLS
  • Sasaran ialah semua guru sekolah menengah, Pentadbir SM dan SR
  • Sasaran - Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) – Pelan Operasi Latihan (POL)
  • Selaraskan dengan SPL KPM – Daftar Latihan
  • Selaraskan dengan MS : ISO - ( PK 06 – 1, PK 06 – 2)
  • Menawarkan kursus-kursus Dasar , Elektif dan Asas
  • Pentadbir peringkat sekolah sebagai fasilitator kepada guru dan AKP
  • Kandungan kursus ditambah baik dengan dimasukkan unsur-unsur audio dan multimedia
  • Peserta yang menguasai 80% penilaian kendiri akan menerima Lencana dan sijil secara digital daripada SPL KPM
  • Tempoh masa bermula 1 Disember 2016 hingga 31 Mei 2017. Progress kursus akan dipantau setiap 2 bulan oleh Pembina Kursus

5 Status Terkini

  • Telah mewujudkan 7 kategori kursus dengan tawaran sebanyak 127 kursus.
  • Telah ditawarkan kursus kepada barisan pentadbir sekolah, KPT, guru-guru dan anggota kumpulan sokongan (AKP)
  • Pengguna berdaftar seramai 16 609 penyertaan
  • Telah melibatkan semua Pejabat Pendidikan Daerah, BTPN dan Sekolah-Sekolah Negeri Melaka

6 Meja Bantuan

Semua masalah dan kemusykilan boleh dihantar melalui emel kepada bantuanepmabls@gmail.com untuk dibantu.

7 Dasar Keselamatan

 Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk manghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

8 Dasar Privasi


Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Dasar ini juga merangkumi pengendalian maklumat kenal pasti diri yang mungkin dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

Pengumpulan maklumat kenal pasti diri dilakukan semasa anda melayari portal ini, mendaftar akaun forum dan perkhidmatan online yang lain.Semasa pendaftaran, anda mungkin diminta melengkapkan maklumat peribadi seperti nama, no kad pengenalan, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod dan lain-lain maklumat peribadi. Maklumat pengunjung juga direkodkan secara automatik pada log pelayan secara menyemak imbas pengunjung, termasuk alamat IP dan cookies. Tujuan maklumat ini direkod dan dikumpulkan bagi membolehkan statistik capaian ke laman web dapat dibuat agar penyampaian perkhidmatan dapat dipenuhi dengan lebih berkesan dan efektif.

Perkongsian dan Pendedahan Maklumat

Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengunjung kepada mana-mana pihak atau agensi awam. Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila :

    Mendapat kebenaran berbuat demikian
    Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
    Pihak eP-MABLS mendapati tindakan pengunjung/pengguna laman web melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.


Pautan kepada Laman Web yang Lain

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

9 Penafian

Penafian

Pihak eP-MABLS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

10 Hubungi Kami

Untuk mengajukan apa-apa pertanyaan, sila hubungi kami melalui emel di alamat berikut:

bantuanepmabls@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

11 Panduan Pengguna

Panduan pengguna boleh dimuat turun dengan mengklik pautan ini.