objektif 

KSSR Pendidikan Moral membolehkan murid mencapai objektif berikut :

1. mengetahui dan memahami nilai universal.

2. menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan harian.

3. melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri, keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara.

4.mengembangkan kemahiran penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang berpegang kepada peraturan masyarakat dan nilai universal yang berasaskan prinsip moral. 

5. mengeratkan hubungan yang baik dengan masyarakat ke arah memperkukuh perpaduan negara.

6 bertindak dengan integriti terhadap diri, keluarga, sekolah, jiran, masyarakat, negara dan masyarakat global.