Kursus Psikometrik secara atas talian ini wajib dilaksanakan oleh semua Guru Bimbingan dan Kaunseling  sekolah menengah negeri Melaka. Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan GBKSM dalam salah satu fokus utama iaitu bidang kerjaya dalam pelaksanaan psikometrik di peringkat sekolah.