Inovasi Smart Kids Kiosk merupakan satu  pendekatan bermain sambil belajar dengan  menggalakkan kanak-kanak meneroka , menyelesaikan masalah dan memperolehi pembelajaran  secara kontektual. Ia merupakan satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana informal , menyeronokkan , bebas dan selamat. Kemahiran bermain sangat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, bahasa, sosial, emosi, dan juga fizikal. Sejajar dengan kehendak Pendidikan prasekolah yang memberi penekanan kepada pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pendekatan ini kanak –kanak boleh mengembangkan kemahiran bahasa, literasi, numerasi dan kemahiran sosial. Bermain mendatangkan keseronokan, kepuasan dan membantu mengatasi perasaan malu, bimbang dan tertekan yang dihadapi oleh kanak-kanak.