OBJEKTIF:

Kursus Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSM bagi mata pelajaran Sains Komputer Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ini mengandungi bahan-bahan yang akan digunakan dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan juga kelas abad ke 21.

Kursus ini bermatlamat untuk menyedia dan memperkukuhkan guru-guru mata pelajaran Sains Komputer dengan pengetahuan dan kemahiran dalam tiga bidang utama iaitu Pengkomputeran, Pangkalan Data Lanjutan dan Pengaturcaraan Berasaskan Web.