Sinopsis Kad Tajwid Interaktif berdasarkan Kaedah Tajwid 5 jari

Oleh

Nor Hisham Jasmi

 

Tajwid ; Sukar untuk diingati, tiada bahan bantu, serta kaedah yang sukar merupakan masalah yang dihadapi dalam mempelajari ilmu tajwid. Hasil dari masalah ini maka terhasilah inovasi Kaedah Tajwid 5 Jari dan ciptaan baharu kad Amazing Tajweed.

Kaedah Tajwid 5 Jari adalah kaedah penyusunan semula asas ilmu tajwid dengan menggunakan jari dan ruas jari manakala kad Amazing Tajweed. adalah produk ciptaan yang mana ilustrasi 5 jari dan sarung tangan yang mengandungi hukum tajwid dan disesuaikan dengan bulatan huruf yang menarik serta berwarna-warni, ditambah pula “kod Qr” yang boleh disinergikan dengan menggunakan telefon pintar dan mengeluarkan audio penerangan, audio bacaan, video interface, penyataan PDF, laman web serta kuiz interaktif menambah lagi keunikan kad ini.

Dengan menggunakan kad ini dan memindahkan hokum menggunakan 5 jari, kaedah ini sesuai untuk PdP 21 bagi semua peringkat umur, sekolah rendah, menengah, dewasa mahupun warga emas, bahkan ianya telahpun diuji di Turki, Melbourne, Mekah dan Madinah, Vietnam dan Singapura.