Inovasi ‘Multi-purpose 3-in-1 Table’ ini terbahagi kepada 3 aspek inovasi iaitu aspek inovasi dalam menyelesaikan masalah pendaraban pecahan dengan nombor bulat, pembahagian nombor dan permainan bahagi dalam bentuk KBAT. Inovasi ini direka dalam bentuk jadual (Table) yang membantu murid-murid membuat pengiraan pendaraban pecahan dan bahagi nombor dengan menggunakan konsep pengumpulan (Grouping) dan konsep penambahan secara berulangan (Repetitive Addition).