Kursus  ini adalah sebagai usaha kelestarian dan kesinambungan Bengkel Kelas Digital Sekolah-sekolah Negeri Melaka yang diadakan pada 23 November 2017 dengan kerjasama Unit Matematik, Sektor Pengurusan Akademik,Biro Laman Web & ICT, Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Melaka dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka yang disertai 40 orang guru daripada sekolah menengah dan rendah di Negeri Melaka.

Kursus ini memberi peluang kepada guru-guru lain yang tidak dapat mengikuti bengkel secara bersemuka untuk bersama-sama meraih ilmu melalui bahan-bahan, video dan forum yang disediakan. Juga, untuk guru-guru yang telah hadir ke bengkel tersebut bagi tujuan pengukuhan, pengayaan serta berkongsi ilmu dan pengalaman  dengan rakan-rakan guru lain.



OBJEKTIF:

Peserta dapat memahami, menghayati dan mengamalkan kepimpinan instruksional yang berkesan di sekolah.